DAGING TOYU VS KARI DAGING

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt


MALAM tadi, masak lauk kegemoran Pak Inche, Daging Toyu atau Daging Masak Kicap. Toyu ni ialah panggilan kicap bagi orang Kedah. Sk tak pasti orang Kedah je ke yang panggil toyu atau memang semua orang utara panggil toyu, ek?

Senang jer masak Daging Toyu ni. Hiris daging nipis-nipis, kemudian tuang kicap, perapkan sekejap. Nak masak, cuma panaskan sedikit minyak dalam kuali, tuang daging diperap dengan kicap tu, masukkan bawang besar dipotong bulat secukupnya dan sedikit ajinomoto. Kemudian, gorenglah sampai daging empuk. Sekejap jer daging masak sebab daging tu dihiris nipis.

Dagingnya kena guna daging lembu tempatan. Selama-lama  Sk masak lauk ni dari mula kahwin (Pak Inche yang ajar), cuma kicap Cap Kipas Udang jer memberikan rasa yang terbaik. Sebab tu kadang dah bercerai dengan kicap CKU ni pun (sebab mahai), mesti rujuk balik, hahahaha.


Pak Inche minta masak Daging Toyu tu, sebab Sk nak masak Kari Daging ni haaa. Pening la memikir lauk apa atau nak makan di mana, jadi Sk merajinkan diri memasak. Selalu kalau masak Kari Daging ni menimbun, tapi semalam masak sikit aje. Eh, pandai pulak bajet masak sikit-sikit, hehehe.

Biasa guna rempah kari sampai tiga sudu, semalam guna dua sudu jer. Lepas tumis semua bahan, Sk masukkan daging yang telah dipotong kecil bersama kentang ke dalam periuk tekanan noxxa, masukkan rempah yang telah ditumis, sedikit air, dan tekan HP 18. Nak masak sampai lembut, maklumlah... (Sila sambung sendiri)

Dah siap HP, tukar fungsi kepada stir fry, kemudian masukkan kiub pati lembu dan asam keping. Masak hingga mendidih lagi sekali, siap! Ada jer resepi penuh dalam blog ni, tapi tu la.. sekarang kalau update guna handphone, link tu tak boleh paste sini, tataw pasaipa. 


Goreng ikan kepala dua ni, sedaplah ada rasa masin-masin. Sk suka ikan ni sebab ianya tak masin sangat. Ni pun dah tinggal berapa ekor jer. Nak tunggu balik kampung ke beli, padahal kat pasar malam pun ada jual.. hahahha. Sajalah tu kan, nak cari pasal jalan-jalan, hehehehehe.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Uncle peminat Toyu!

    Masak apa pun takpe! janji toyu!

    ReplyDelete
  2. Sedap ni.. Kari ke.. Masak kicap ye layan..

    ReplyDelete
  3. masak2 yg simple pun tetap sedap dimakan kan?

    ReplyDelete
  4. Sedap weh kari daging lawan ikan masin. Ada sambal belacan pulak.

    ReplyDelete
  5. Daging masak kicap pun memang fav SA and Dania...makan dia je pun ok xde masalah...hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!