MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT

TARIKH : 8 SYAABAN 1443H/ 11 MAC 2022

TAJUK:  MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

1.‎ Seruan jemaah agar sama-sama bertaqwa kepada Allah SWT.‎

2.‎ Sesungguhnya kedatangan bulan Syaaban ini amat dinanti-nantikan oleh orang beriman yang sentiasa istiqomah melakukan amal soleh. 

3. Firman ALLAH SWT dalam surah At-Taubah ayat ke 36 bermaksud : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) ALLAH ialah 12 bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab ALLAH semasa dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan yg di hormati". 

4. Antara keistimewaan yang terdapat di dalam bulan Syaaban ini ialah ianya terdapat 1 malam iaitu malam Nisfu Syaaban. Disebut Nisfu kerana ianya berada di pertengahan atau di separuh bulan Syaaban. 

5. Malam Nisfu Syaaban ini  merupakan antara malam yang mempunyai banyak kelebihan kerana padanya terdapat keampunan bagi mereka yang memohon ampun serta penerimaan doa bagi yang berdoa kepada ALLAH SWT. 

6. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah RASUL SAW telah bersabda ygang mafhumnya " Apabila malam nisfu Syaaban, solatlah pada malam harinya dan berpuasalah di siang harinya. Sesungguhnya rahmat ALLAH turun ke langit bumi pada saat itu ketika matahari terbenam, kemudian Dia yakni ALLAH berfirman: "Adakah orang yang meminta ampun kepada Ku, maka Aku akan mengampuninya? Adakah orang yang meminta rezeki Aku akan memberinya rezeki? Adakah orang yang mendapat ujian maka aku akan menyembuhkannya? Adakah yang begini dan adakah yang begini.... sehingga terbit fajar". 

7. Namun begitu masih dapat segelintir pihak tertentu yang mempertikaikan amalan yang lazim dilakukan oleh umat Islam pada bulan ini. Mereka beranggapan amalan yang dilakukan pada bulan tersebut tiada nas yg menyuruh berbuat demikian. 

 8. Sesungguhnya pandangan mereka sangat tidak berasa dan tidak benar serta menyimpang daripada pegangan Ahlissunnah Wal Jamaah. 

9. Terdapat beberapa hadith mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Syaaban antara yang telah diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad Baginda RASUL SAW telah bersabda yang bermaksud : " Saya telah bertanya kepada RASUL, wahai RASULULLAH saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa Tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban, lalu Baginda menjawab, itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan, inilah yang bulannya di mana semua amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu aku amat suka kiranya amalan aku diangkat ketika aku sedang berpuasa". 

10. Bagi memastikan umat islam tidak terhasut dan terkeliru dengan golongan yang cuba mengelirukan dan cuba mempertikai amalan malam Nisfu Syaaban maka jawatan kuasa fatwa negeri Johor yang bersidang pada 23 November 2015 telah membuat keputusan bahawa berdasarkan daripada hadith-hadith Baginda RASUL SAW, adalah wajar bagi umat Islam untuk tidak melepaskan peluang mengambil dan merebut rahmat serta memanjatkan kesyukuran  atas nikmat ALLAH yang tidak terhingga pada malam tersebut. jawatan kuasa fatwa berpendapat bahawa meraikan malam ini dengan melakukan pelbagai yang membawa kepada keredhaan ALLAH dan keampunannya adalah SUNNAH. 

11. Oleh itu, umat islam sewajarnya mengambil peluang bagi menghayati dan menghidupkan malam Nisfu Syaaban ini dengan memperbanyakkan amalan soleh yang dapat mendekatkan diri kepada ALLAH SWT seperti solat sunat, bertadarus, beristighfar, berselawat, bersedekah serta berpuasa di siang harinya. 

Waallahua'lam.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak lama lagi nak Ramdhan....x sabar rasanya....

    ReplyDelete
  2. Banyaknya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita.Kita ni hamba tapi merdeka.
    Semoga Sya'ban akan membawa kita bertemu Ramdhan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!