Assalamualaikum wbt
SUNYI sungguh kolej. Pelajar ditangguhkan naik kuliah tatkala ramai pengajar dan staf yang masih menjalani kuarantin. Minggu lepas, ramai-ramai dijangkiti virus yang tak kenal siapa. Puncanya dari satu program. Program tu tak salah pun, tapi mungkin terlalu penat sehingga terlupa jaga SOP. Terjangkitlah seorang demi seorang. Lalu, kami diarahkan berehat di bekerja dari rumah untuk kerja sanitasi selama dua hari iaitu ahad dan isnin, dan Sk kembali ke pejabat hari ini.
Memandangkan arahan 'Bekerja Dari Rumah' datang secara tiba-tiba, memang tak ada kerjalah yang hendak dibuat. Semua fail hardcopy tak ada dalam tangan manakala softcopy pula disimpan dalam komputer di pejabat. Jadinya, memang terpaksalah berehat sahaja di rumah. No meeting, no dating 😂 Hari ahad, Sk keluar membeli barang dapur hanya selepas pukul 5 sebab tak mahulah shopping waktu kerja. Tapi, semalam.. terjebak jugaklah, lepas keluar sarapan di WR Kopitiam, meroket ke Eco. Alaaa.. sekejap jer, beli barang sikit-sikit, terus balik.
Okey nanti nak cuba la buat resepi SK ni....
ReplyDeletebetul la kan, skrg ni group akademik mengungguli carta penyakit berjangkit ni...
ReplyDeletesemoga semua yang terkena tempias dipermudahkan urusan dan dijauhkan dari betul2 terkena...
Ayam goreng memang menu wajib Pak Inche ye SK.
ReplyDeleteWabak ni.... dah tahu nak kata apa. Kita jaga SOP sajalah, itu yang mampu dilakukan.
Menyelerakan..
ReplyDeleteSebut cabai mengingatkan saya dengan masakan orang utara sebab depa sebut cabai. Agak lama jugak tak masak ayam sambal macam ni. Sesekali masak memang sedaplah kan. Untung jugak dekat stadium, kita mampu tengok kat TV je kak. Senyum ada maknaaa tu.
ReplyDelete