KERANG REBUS AIR ASAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum wbt


 BUAT Kerang Rebus Air Asam ni waktu yang sama dengan masak Nasi Ayam tu. Mana datang agaknya mambang rajin tu, hahaha. Geram sebenarnya tengok kerang lawo-lawo masa nak beli cili tu. Lain kali belum tentu lagi dapat kerang cantik macam tu, kan.  


Cara rebus kerang :

1. Didihkan air bersama hirisan halia sedikit dan sebatang serai diketuk. Tambahkan garam secukupnya.

2. Bila air mendidih, masukkan kerang. Rebus 5 - 6 minit. Jika ada beberapa kerang telah terbuka tu, dah masaklah kerangnya. Tak perlu tunggu sampai semua kerang terbuka.

3. Buang air rebusan kerang, kemudian masukkan kerang dalam air sejuk berais.

4. Kopek separuh kulit kerang.


Air Asam

1. Potong dadu kecil-kecil :
Bawang besar
Tomato
Cili padi

2. Dalam mangkuk, masukkan 1 sudu kecil pes asam jawa, 1/2 sudu kecil garam, 1 sudu gula, sedikit air, kacau sebati. Jika ada daun ketumbar, masukkan sekali (masa ni Sk tak ada daun ketumbar).

3. Perahkan 3 - 4 biji jus limau kasturi.


Masukkan kerang, gaul rata.


Ratah jer pun sedapppp!












Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ammi selalu terliur tengok kerang kalau gemuk gebu camni..
    tapi bila makan alahaiiiii takleh masuk tekak.

    tergoda tapi tak memberahikan acaner tu??? hahahha

    ReplyDelete
  2. Syu suka makan kerang. Jarang makan dengan nasi. Selalu buat ratah jer macam ni.
    Terliur pula tengok. Ni yang balik nak cari kerang nih. Hu3.

    ReplyDelete
  3. alahai persembahan nya ... saya bagi markah penuh ...

    ReplyDelete
  4. wow! Sedapnya. Apatah lg dimakan masa berbuka nanti.

    ReplyDelete
  5. Mak...! Hadap ni sampai mertua lalu pun tak perasan

    ReplyDelete
  6. Ooo.. takyah la nak cicah2 lagi...?

    ReplyDelete
  7. makan gitu sedap uii..inikan pulak cecah air asam..hahahah

    ReplyDelete
  8. Ya Allah!
    Kecur terus.... sedapnya SK.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!