ASAM PEDAS AYAM LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

LEBATNYA hujannnn tengahari ni. Hari ni, Sk bawa bekal pagi dan tengahari, Pagi, macam biasalah, roti lepa butter dan kopi panas, sarapan dalam kereta. Bagus sarapan dalam kereta, tak ada siapa kacau. Masuk pejabat boleh terus buat keroje. Mula, tak plan pun nak bawa bekal tengahari, tapi terpandang lauk tak laku dalam peti sejuk, rasa kesian pulak. Jadi, Sk panaskan nasi, tenggekkan lauk tu atas pengukus dalam periuk nasi, siap!

Bapak mintak Sambal Daging, anak mintak Asam Pedas Ayam. Kali ni kita bagi anak menang, sebab hari tu baru jugak masak Sambal Daging. Eh, padahal selalu jugak dah masak Asam Pedas Ayam, kan.. hihi. Kali ni, Sk masukkan belacan, hurmmm.. semerbak bau belacan satu dapur. Macam selalulah, masak Asam Pedas Ayam, letak daun limau purut aje. Malas singgah kedai beli daun kesom. Nak tanam daun kesom, dua kali malas, hihi.

Resepi Asam Pedas Ayam boleh tengok DI SINI. 
Cuma yang masak kali ni, Sk tak letak lada hitam.


Tak lengkap asam pedas tanpa Telur Dadar. Pak Inche singgah pasar malam beli Hati Ayam Panggang tiga cucuk, dia lupa Iman tak makan organ ayam. Beli Tauhu Sumbat tiga ketoi, Jagung Bakar pun tiga, Roti John panjang sehasta dan kacang rebus sebungkus. 


Lepas goreng telur, barulah goreng ayam. Semua orang tahu, ayam goreng wajib jika masak gulai ayam, hehehe.


Dalam peti ais, ada Lauk Daging Masak Hitam Frozen, client Pak Inche bagi tahun lepassss. Sk panaskan dalam pengukus, sambil masak nasi. Sedap, macam lauk orang kahwin. Tapi laku tiga ketul aje. Penuh meja semalam, dah ada bunga-bunga Pasar Ramadhan. Lauk tak laku ni la, Sk bawa bekal hari ni. Pukul 10.40 macam tu.. pengajar masakan jemput makan buffet. Dahhhh.. time kita bawa bekal pulak, ada jemputan makan. Jadi, Sk kebetulan tengah lapar, makan awal la.. konon nak bagi ruang untuk lunch buffet. Rezeki jangan ditolak.. tak gituuuu?

Yang kelakar, sedang menikmati lunch buffet, Iman telefon.

"Bonda, mana lauk daging semalam?"

Dalam hati, alamak! "Oooo.. lauk tu bonda dah simpan dalam perut...." adehhhhh!


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Asam pedas ayam, kicap dan nasi panas.. Bahagia sangat-sangat untuk PC.

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha mesti Bonda lupa, Iman ada di rumah, sebab tu Bonda kuat semua bawa pi opis hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Ayam goreng tu ratah aje panas2 sdap

    ReplyDelete
  4. Semua sedap- sedap...sayang nya kita kena pantang selagi tonsil x ok

    ReplyDelete
  5. hhahaha... anak ni memang camtu. bila mak habiskan dia cari.. kalau tak.. tak cari pun

    ReplyDelete
  6. Hidangan makan yang menyelerakan. Ada bergoreng ada berkuah. Ada sambal dan ulam ni lagi bertambah selera. Haha..bonda jawab dalam hati je la mampu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!