MAKAN DI RESTORAN SENOKO

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

GARA-GARA tak kenyang makan Nasi Ambeng Tak Cukup Syarat,
malam tu, Pak Inche ajak makan di Restoran Senoko Stulang. Senoko ni tentu tak asing bagi pembaca yang selalu ke Alam Sari Tanah Jauhar, ni, kan. Dan baru kami tahu juga, pemilik restoran Senoko ni bukanlah Kelantanese atau Siamese tapi rupa-rupanya satu negeri dengan Blogger Cun Melecun, Suria Amanda.


Pak Inche minta Sup Ekor tapi ekor tak ada stok. Nasib baik ada tulang. Ada dua ketul tulang dan banyak jugaklah daging pada tulang tu. Sedap sangat supnya malam tu. Pak Inche sampai angkat mangkuk menghirup.


Daging Masak Merah, pun sedap. Daging direbus dulu dan dihiris nipis sebelum diletakkan pewarna merah dari sos labu tu (agaknyalah). Yang penting, tak ngelat letak bawang banyak-banyak untuk penuhkan piring lauk.


Baby Kailan Goreng Sos Tiram. Sayurnya segar dan hijau.


Telur dadar adalah wajib.


Sambal belacan kena lebih, kalau bagi satu jer memang tak cukuplah sebab laki bini hantu belacan. Nasib baik masa kenduri kahwin dulu hujan renyai-renyai aje, hahah.


Tomyam tentulah ada, pun shedapppp. Ada kerabu sotong dan sotong goreng tepung. Kerabu sotong banyak 'sampah' dari sotongnya. Dan banyak kepala sotong yang mana, Iman tak makan, terpaksa emak kasi perabih. Dia yang nak sangat kerabu sotong tu.


Kali ni tak ambil ikan macam selalu. Yang pasti licin pinggan masing-masing. Burppp! Alhamdulillah.. Syukur selalu.


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Laaaa..siyes ke org NS owner kedai tu...tgok presentation nampak macam Kelantanese atau Siamese....teruja tengok sup tu ha

    ReplyDelete
  2. Kena tomyam mesti ada sambal belacan.. Memang perghhh...

    ReplyDelete
  3. daging merah dia tuuuuuu mengancammm ehkkk..

    ReplyDelete
  4. merah betul masak merah dia. takyah pakai gencu dah lepas makan.
    kalau saya suka kepala sotong kak. kadang berebut dengan adik dan anak buah sorang tu.

    ReplyDelete
  5. nampak sedap sungguh sup tulang tu...

    ReplyDelete
  6. Tom yam tu macam menu mesti ada la kak.. sebab kami pun macam tu juga..hehehe

    ReplyDelete
  7. Sememangnya tidak asing lagi restoran senoko bila masuk blog akak. Makan hidangan lauk ni terpaling suka ada tomyam.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!