MAKAN SATE TULANG JOLOBU DI ZA CAFE SEREMBAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

BERSIARAN pagi ni dari Bidor, Perak, hehehehe.

Pak Inche ajak makan Sate Tulang di ZA Cafe milik pemain bola Zaquan Adha dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah. Sebelum ni pernah makan Sate Tulang di Senawang. 


Sate Tulang Jolobu namanya. Hurmm.. orang Seromban, Suria Amanda, dah sampai belum? Hehehe. 


Pesan 15 cucuk Sate Tulang dan 10 cucuk Sate Daging. Tulang tu, tulang ayam ya. Bagi Sk dan Pak Inche, satenya betul-betul sedap. Walaupun namanya Sate Tulang, tapi masih ada bahagian isi dan dibakar sempurna, tidak sampai kering. Sate daging pun sedap, rempah ratusnya berbeza sedikit dari sate yang biasa kami makan di Johor.


Sedang menjamu selera, Zaquan sampai. Selalu jumpa kat padang tak sempat bergambar, hehehe. 


Pesan Yong Taufu jugak. Yong Taufu ni sambalnya bagi Sk kena pedas sikit baru sedap dicicah-cicah.


Di ZA Cafe ni, konsepnya ada gerai-gerai lain jugak di luar cafe. Antaranya Hanyeo ni la.. yang menawarkan menu Korea. Iman nak makan Topokki tapi  mereka tak jual topokki asing. Ada Rabokki iaitu gabungan Topokki dan Ramen serta Ayam Goreng Korea. Sedappp.. tak terlalu pedas, boleh makan sambil enjoy! 


ZA Cafe ni baru sahaja sebulan dibuka. Menurut Zaquan, bulan puasa ni, mereka akan menambah menu dan tidak bercadang menyediakan bufet buka puasa bagi mengelakkan pembaziran makanan.  

ZA Cafe ni terletak di sebelah bangunan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan dan cuma 12 minit dari Plaza Tol Seremban. Lain kali boleh singgah lagi, insyaAllah.















Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ooo Zaquan punya Cafe ye Kak.. menarikkkk.. next time boleh cuba ni ..

    ReplyDelete
  2. Luar biasa ada sate tulang. Terbayang macam mana hendak cucuk tulang pada lidi. Rupanya ada isi.

    ReplyDelete
  3. Kita x pernah pi lagi la SK...ada dengar gak pasal cafe ni..ada la beberapa kawan2 blogger Seremban dah sampai...

    ReplyDelete
  4. Cik Abang kita terus Google cari lokasinya SK... peminat bolalah katakan :)

    ReplyDelete
  5. bestnya boleh makan di restoran selebriti. bagus juga mrka buat biz sbb x selama2nya buleh main bola n berlakon kan?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!