Assalamualaikum wbt
TERJAWABLAH sudah wakil rakyat yang menjadi pilihan majoriti rakyat Johor selepas Keputusan Rasmi Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Johor 15 diumumkan hampir tengah malam tadi. Hurmm.. senoneng jugaklah rasa kepala ni gara-gara menunggu sehingga tamat siaran langsung pengumumannya. Tapi itu taklah seteruk pilihanraya umum sebelum ni, kan.. sampai pagi, sampai lebam mata petugas media masa tu, hahaha.
Rancangan asal sebenarnya, nak bercuti hari ini, kononnya penatlah mengundi, hahaha.. sangatttt! Tapi tetiba sayang pulak cuti, jadi Sk minta bahagian pentadbiran untuk membatalkan cuti tersebut yang sudahpun diluluskan. Pagi ni rasa macam menyesal pulak batalkan cuti. Sk mohon cuti dua hari, hari ini dan esok, dan SK ubah kepada esok dan lusa. Jadi, sedapkan hati, tak apalah, esok lusa, cuti, bolehlah mahu jadi hantu, mahu jadi buaya jadi 'Tapak Sulaiman'. 😝
Buat pertama kalinya, Iman mengundi tahun ini. Kali ini, buat pertama kali, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, layak untuk mengundi. Dan, tak macam zaman kita dulu-dulu, nak kena mendaftar sebagai pengundi, kali ini mereka yang dah cukup syarat umur didaftarkan secara automatik.
Semasa diumumkan PRN15 ini, Iman ada tanya, macam mana cara nak jadi petugas semasa pilihanraya? Sk sampaikan pertanyaan dia tu dalam grup whatsapp adik-beradik. Jawapannya, petugas tu memang dah ada dari yang bertugas sebelum ni. Hampalah Iman, sebab dia teringin la nak rasa jadi petugas katanya, haha. Tetiba, Cik Ani beritahu, ada kekosongan sebagai petugas. Iman pun cepat-cepatlah mohon dan diletakkan sebagai Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM). Bolehlah tu, cari duit jajan pengalaman. Hari mengundi tu, kena ada di Pusat Mengundi (PM) sebelum jam 7 pagi.
Seronoknya reis jumpa peminat..tak sangkaaaaa......kita kalau jumpa SK kita nak peluk2 tau...hahahaha....well bagus Iman sebab berani mencuba....nanti dah boleh independent....
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki peminat dapat jumpa retis pojaan🤣
ReplyDeleteWah,PI dah jadi bangsa Johor,patutlah PI pun dah iras2 TMJ 🤭
Selamat mengundi dan bertugas untuk Iman
tahniah dah mengundi, tahniah juga buat anak sebab berani jadi petugas! cayalah!
ReplyDeleteWah ada membaca setiap yang senyap tidak tahu nama. Hehe.
ReplyDeleteOh rupanya boleh mohon jadi petugas. Nak tanya jadi petugas boleh mengundi ke?
wah peminat jumpa retis eh kak hahaha...kemain dia ye :p
ReplyDeletebagus Iman dapat cari pengalaman... saya pernah jaga undi pos je kak hahaha... blkg tabir tak jumpa orang pun :D
Untung le ade peminat.. hihi
ReplyDeletekalau bertugas kat dalam pun bukan boleh borak2 ye dak... sama je
ReplyDeletewowwwwww...ade peminatt uollss.. jaga jaga , ain pon dah mula promot blog kak seri dekat makcik2 jiran . hahhahahahahaha...
ReplyDeleteaah kan.. ptut undi dulu baru celop. ni terkial kial nak jaga kebersihan kertas undi, takut rosak uii
ReplyDeleteSaya tak tunggu pengumuman siapa menang. Tahu tahu tengok esoknya je. Setuju jugak celup ink tu selepas memangkah. Yang mana tangan kiri tu, terkena pen dan kertas sekali tak pasal pasal kan. Ohh macam tu dah jadi bangsa Johor dah Pak Inche. Dapat jugak Iman duit poket kan.
ReplyDelete