Assalamualaikum wbt
RASA bersalah pulak, bawa lauk Daging Masak Hitam, hari tu, padahal Iman dah cakap, lauk daging tu nak buat makan tengahari. Nasib baiklah ada lauk Asam Pedas Ayam . Sejak dua menjak ni, memang otak ni bercelaru. Fikir lain, buat lain. Nak ambil benda lain, tapi benda lain pulak yang dibuat sampai lupa tujuan asal. Faktor usia ke..? Orang kata, banyak makan semut. Tapi, agaknya banyak makan garam la.. remaja purbalah katakan.
Jadinya, supaya tak rasa bersalah sangat, Sk singgah ke Pasar Malam Tampoi Utama, balik kerja, Selasa lepas. Tak pernah-pernah ui, Sk pergi pasar malam sorang-sorang. Mengenangkan malam tu, Iman ada kelas, jadi, Sk gagahkan jugak la ke pasar malam tu. Jadi, dia bolehlah makan awal sikit. Lepas tu, tak sampai hati pulak kalau tak tanya dengan Pak Inche, apa dia nak makan? Pak Inche mintak belikan nasi lauk ayam percik dengan acar jelatah di sebuah gerai masakan Kelantan. Tapi ada ayam bakar dan sayur kubis jer. Agaknya, peniaga takut hujan, jadi dia tak masak banyak. Kebelakangan ni, cuaca memang tak menentu.
Kalau ke pasar malam Tampoi ni, memang wajiblah beli cekodok. Tapau RM5 terus. Selain tu, Sk beli juga Laksa Johor sebungkus dan lempeng sebungkus (tiga keping). Semuanya baru RM14. Maknanya, LJ tu dalam 5 - 6 ringgit jer.
Walaupun potongan timunnya bukan cara LJ, tapi sebab sedap, tak kisahlah. Walaupun tak dipotong bulat dan dihiris bergulung-gulung, tapi potongannya nipis, mudahlah nak gaul dengan bahan lain dan disuap ke mulut.
Johorean makan dengan tangan, katanya. Baiklah, gaul dulu sebelum makan. Tapi berlaku lagi kejadian ralat, kelakar pun ya. Sk singgah beli sata, teringat Iman suka sata. Tengok harga, secucuk RM3. Hurmmm, dalam hati fikir, kenapa harga tu macam lain aje, hari tu macam RM7 masa bayar. Jadi, Sk mintalah sata secucuk. Penjual tu, sedekah pepes seketul, baiknya hati dia, semoga Allah swt tambahkan lagi rezeki dia.. Aminnn.
Sampai rumah, "Iman, makanlah sata tu, awak suka sata, kan?"
"Bonda, bukan sata laaa, pepes.."
Adoiiii.. salah belilah pulak. Nasib baiklah penjual tu sedekah pepes seketul. Patutlah rasa harga dia lain. RM7 tu harga pepes 10 ketul. Sabar jerlah dia punya tahap pelupa, ya ampunnnnn.
Teringat pulak salah satu watak dalam novel
Bagin Sungai Merah. Kisah seorang bapa yang hendak daftarkan kelahiran anaknya. Sepanjang perjalanan tu, bapa ni menghafal nama yang nak diberi pada si anak yang baru lahir tapi berlaku satu kejadian dalam perjalanan tu (apa kejadiannya SK lupa, hahaha). Sampai di balai polis, bila ditanya, nama anak yang hendak didaftarkan, si bapa pun jawab, 'Terlupa'. Pegawai polis berbangsa Singh tu pun, tulislah 'Terlupa'. Si bapa pulak tak tahu membaca (orang dulu-dulu), dibawalah balik surat beranak tanpa periksa. Melekatlah nama anaknya 'Terlupa' sampai ke tua. Selepas berkahwin, 'Terlupa' dikurniakan seorang anak perempuan dinamakan Dara, dipanggil pula Dara Terlupa.
😂😂😂
Ramai yang tak tau orang johor makan laksa johor pakai tangan kan?
ReplyDeleteDemi sayang anak sanggup redah ke pasar malam.
ReplyDeleteKalau fikiran serabut memang cepat lupa.
Harap apa yang diserabutkan dapat diselesaikan dengan cepat. Amin.
Dah lama duduk Johor, tapi tak reti nak makan laksa pakai tangan. rasa pelik...hehehe.. lagipun, jawarian tak masak laksa johor. diorang masak mi jawa
ReplyDeletehahahha...ending yg menarik...kelakau.
ReplyDeleteammi suka pepes tapi harga kat KL seketul seringgit. dahlah kecik cenoet je
apa perbezaan sata dan pepes ye kak? x penah mkn pepes
ReplyDeletesedapnya laksa johor.
ReplyDeleteKelakar yang last tu. Tapi laksa johor sedappp! Susah nak cari kat subang ni.
ReplyDeleteSama la dengan SA..kalau anak tu nak apa2 tapi x dapat atau SA terambil makanan dia memang dah simpan untuk dia...memang x sedap hati...mula la nak cari ganti...kes salah nama ni sama ngan kes SA...kalau tak kan...dulu nama sebenar SA ialah EFFARIZAN, tapi singh yang tulis nama tu jadi PARIZAN...dulu abah cakap dia minat nama Effarizan penyanyi lama dulu...ntah SA x kenal sape...sharifah aini kenal la...
ReplyDeleteBanyak fikir sampai celaru otak agaknya tu. Kecur tengok laksa johor. Mujurlah dah pesan dekat suami beli laksa. Tapi bukan LJ la. Laksa utara nun. Pun jadilah...
ReplyDeleteSaya pun suka pepes, memang sedap. Sata mahal sikit. Terhibur baca kisah terlupa tu. ahh sudah sampai ke nak jadi dara terlupa tak pasal pasal.