Assalamualaikum wbt
HARI bekerja adalah hari merajinkan diri memasak. Agaknya, selepas seharian mengadap kerja di pejabat, menempuh kesesakan jalanraya, bila sampai rumah, dah tak ada hati nak bersiap dan keluar semula. Kalau dapat beli dan bungkus makanan siap-siap pun bagus juga, tapi tak semuanya kena dengan selera.
Masa cuti dua hari tu, dapatlah Sk sediakan stok cili kering dan bawang kisar supaya senang nak memasak. Rupa-rupanya, cili kering tak boleh simpan lama jugak ya. Dah tak merah macam masa baru beli. Nasib baik la perasan, mujur tak tumbuh pokok cili. Kalau setakat bawang, kentang, memang dah biasa jadi pokok dalam rumah Sk ni, hahaha.
goreng pon sodap
ReplyDeleteJadi pokok? Boleh gantung buaian! hahahaha
ReplyDeleteSedap ikan kaci goreng tu SK.
ReplyDeletepikir jap nak tengok ikan ke nak tengok pinggan ahaksss..
ReplyDeletekita nak jugak pinggan tu