MAKAN-MAKAN DI COFFEE BEAN & TEA LEAF

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt


MASA balik dari makan kenduri anak Abang Zain di The Jaws Crown Kempas, Iman ajak jalan-jalan di Midvalley Southkey. Hurmm.. memang tempat meronggeng kami anak-beranak la MV ni. Jangan heran la kalau kerap sangat cerita pasal MV, macam kat sebelah rumah aje bunyiknya tu, hihi. 

Puas tawaf hujung ke hujung, bakar lemak akibat makan nasi minyak, Sk ajak Iman ke Dip N Dip, ya ampunnnn.. penuhhh. Ada meja kosong tapi berhimpit jugaklah dengan pelanggan lain. Tengok Coffee Bean & Tea Leaf tak penuh sangat orang, tak jadilah menyoklat, kita mengopi, yok!


Ces!! Bakar lemak konon. Sia-sia la tawaf satu MV. Sampai kat kaunter, staf CBTL promot minuman Double Chocolate Ice Blended. Iman kata, kesian pulak dia penat cakap, jadi Iman setuju. Hurmmm.. It's okay to not be okay, Iman. Iman kata, tak apalah, takkanlah asyik nak minum Caramel Macchiato aje.

Tapi, Chicago Cheese Cake tetaplah jadi pilihan. Sk makan Spicy Chicken Bagel Bun. Ambil Americano saiz besar, duduk minum lama sikit.


Hurmmm.. bila la kita betul-betul nak diet ni? 

Kita diet time weekdays jer, kata Iman.


Teringin pulak la nak sarapan di CBTL ni, asyik makan kek aje, kan. Kali ni ajak Iman ke CBTL di Eco Botanic.


Percuma beverages dengan setiap hidangan. Boleh pilih teh atau kopi. Tentulah kopi kan.. 


Break O Day untuk Iman

Panini bread with sausages, scrambled eggs, butter and jam.


Egg & Salmon untuk mak

Smoked salmon upon a fresh bun, topped with an egg and served with a fresh side salad.


Lain kali nak datang dinner pulak, katanya. Nak ajak babah. Babah mana makan macam ni Iman oi. Babah makan Mamu Junction ngan Senoko aje, hahahaha.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seronoknya beronggeng dgn anak dara ye SK :)
    Cantiklah baju Iman yg atas tu, beli kat mana ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. PH, baju tu dia beli online, nt sy tanyakan link nya

      Delete
  2. hahaha... sama la suami saya... mana makan sangat restoran macam ni... restoran melayu atau mamak dia suka la.

    ReplyDelete
  3. wow.. bonding time kena mkn² cmni mmg ngammm!! xpe kak pasni puasa bolehlah trn kg tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. betullah tu, Mim.. dari bulan ke bulan kata nak diet, ni dia kata, start puasa boleh diet.

      Delete
  4. SA blom start lagi beronggeng ngan Dania...bulan puasa nanti la kot nak pi staycation berdua ngan dia...buka puasa and sahur kat hotel...x pernah buat lagi thats y nak buat...hehehehe

    ReplyDelete
  5. Comel Iman.. geram PIPI pau dia tu, kalau jumpa memang aunty picitttt

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!