KONJAC & SPAGHETTI BOLOGNESE

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt


DAH lebih seminggu Cik Ani bagi Konjac ni. Mula ingatkan apo dialah konjac? Rupanya, pengganti makanan ruji atau karbohidrat bagi mereka yang sedang mengamalkan diet harian. 

Konjac, juga dikenali sebagai glucomannan, adalah ramuan yang tumbuh di bahagian Asia. Ia terkenal dengan cormanya, seperti tumbuhan seperti tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah. The corm digunakan untuk membuat sumber kaya larut serat larut.

Konjac digunakan sebagai pengganti gelatin dan untuk menebal atau menambah tekstur kepada makanan. Ia juga digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Di dunia Barat, konjac lebih dikenali sebagai makanan tambahan untuk penurunan berat badan dan pengurusan kolesterol.

Manfaat konjac
Kandungan serat tinggi konjac mempunyai banyak manfaat kesihatan. Serat larut membantu mengurangkan kadar kolesterol dan glukosa darah. Diet tinggi serat juga boleh membantu mengawal pergerakan usus, menghalang buasir, dan membantu mencegah penyakit divertikular. 


Yang ni jenis mee atau spaghetti untuk dimakan bersama sos bolognese, carbonara atau menu fusion seperti masak lemak cili api. Juga sesuai untuk menu lokal seperti mee bandung, mee hailam atau mee sup. Ada juga bentuk kuey teow dan nasi. Kalau nasi tu, bolehlah makan bersama lauk-pauk kegemaran kita.

Apa rasa konjac tu? Rasa kosong dan tawar. Teksturnya agak kenyal dan sesuailah jika digandingkan dengan sos bolognese. Tak ada rasa yang bukan-bukan atau rasa tak sedap. Sk rasa, kalau makan ala-ala boat noodle atau viatnemese sup pun sedap sangat ni.

Cara sediakan pun mudah, cuma bilas dengan air paip, celur sekejap dengan air panas dan bilas semula dalam air sejuk atau air paip. Dan boleh makan dengan lauk yang kita suka. Cuma untuk nasi tu, Sk tak pasti macam mana nak sediakan sebab tak tengok rupanya. Iman kata, bentuk beras. Haaa.. kenalah pulak nak memasaknya dulu kalau gitu.


Sos Bolegnese kali ini Sk guna jenama Prego dan tomato puree DuChef. Ada tomato segar jugak yang Sk masukkan, benda dah ada kan. Kalau tak ada, tak dapek den menolongnya.

Resepi Sos Bolognese

Sedikit minyak zaitun untuk menumis
5 ulas bawang putih dicincang
400 gm daging lembu kisar ramli
1/2 labu bawang besar didadu
1 biji tomato didadu
1 tin sos tradisi prego
1 tin kecil tomato puree duchef
1 tsp serbuk lada hitam
1 kiub pati lembu

Cara-cara :

1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih.

2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masak hingga daging kisar berubah warna.

3. Masukkan bawang besar dan tomato, renih seketika.

4. Masukkan sos tradisi prego dan tomato puree, tambahkan sedikit air dalam tin, kocak dan tuangkan dalam campuran sos bolognese. 

5. Masukkan kiub pati lembu dan serbuk lada hitam, kacau sebati.

6. Biarkan sos merenih sebentar, tutup api.


7. Spaghetti direbus mengikut arahan pada label bungkusan. Toskan dan gaul bersama sedikit mentega. Hidangkan bersama sos bolognese.

Kalau masak sos bolognese ni, memang sengaja masak banyak sebab lebihnya tu boleh dipanaskan semula nanti. Kiranya kalau nak mengulang makan tu, cuma tinggal panaskan dan rebus spghetti jer, dah jimat tenaga dan masa. Memang sesuailah untuk orang yang M besar macam Sk ni.. hihihi.


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Baca tajuk, saya ingatkan konjac sponge cuci muka tu. Pelik pulak apa kaitan dengan spaghetti. Lahhh rupanya konjac versi makanan. Baru tahu kewujudan konjac untuk diet. Nampak macam suhun.

    ReplyDelete
  2. pernah dengar cuma ingat2 lupa kat mana..bunyi nama macam minuman..tapi makanan ye

    ReplyDelete
  3. konjac ni rasa kosong, sedap kalau dibuat sup...slurp slurpp jer heee

    ReplyDelete
  4. Hahaaaa... Makan UTK diet tu selalunya tawar kan SK. Tak ada rasa.
    Spaghetti Bolognese tu menggamit rinduku pada Abang Farid.

    ReplyDelete
  5. Konjac...info baru bagi saya...🙈
    Sos bolognese SK sentiasa nampak menggoda...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!