Assalamualaikum wbt
BERDUA dengan Iman ke Johnnys Restaurant di Aeon Taman Universiti. Perancangan asalnya, nak makan di Puteri Habour sekiranya tidak hujan. Nak dijadikan tak jadi tu, hujan selebat tidak. Kalau macam ni, kita makan di Richiamo Coffee jer la.. kata Sk. Iman kata, penat aje dia pakai cantik-cantik. Sebab awal-awal Sk dah pesan, kalau nak makan kat Puteri Habour, tolonglah jangan pakai baju hijau dengan tudung jaguar. Iman kata, tu uniform kesayangan dia, hahaha.
Richiamo Coffee tu, sepelaung aje dari rumah. Tapi, nak turun kereta, samo jugak kena hujan. Sebab tu, Iman cadang ke Johnny's Taman U, sebab parking berbumbung. Kalau Aeon Bukit Indah, parking terbuka. Jadi, kami pun ke Aeon Taman U. Walaupun bengkek hati nak melepaskan lima persimpangan lampu trafik. Itulah pengorbanan jadi mak, esok lusa, tataw la anak sanggup tak berkorban kalau mak teringin nak makan jauh-jauh.
Aduhai... kupikirkan Robert si tinggi lampai berambut blonde tadi.
ReplyDeleteHihihi... Ada pelayan baru ni.
ReplyDeleteHebat orang sana, kita di Keyel ni tak jumpa lagi Abg Robert haha...
ReplyDeleteCantiklalh Iman sekarang, makin bergaya :)
kihkihkihh... orang pompuan ..tudung dengan baju bukannya xbanyakk.. tapi tu laa tersorok dalam gerobok. bahahhahahaa.. balik2 uniform yang sama je dipakainya kan ..
ReplyDeleteLepasni turn SA plak la datng selalu ngan Dania....sama la ngan Dania tu..lemari nak roboh dh..tetap kata xde baju
ReplyDeleteWah! Encik robot tu pakai bow tie!
ReplyDeleteuik dah ada Mr. Robert ek kat situ...da lama tak makan kat situ hahahah
ReplyDelete