Assalamualaikum wbt
NEW YORK Cheese Cake dari Secret Recipe menjadi pilihan sempena hari lahir emak kami tahun ini. Balik dari Senai selepas sarapan Nasi Lemak Berhias, Sk terus ke Secret Recipe Aeon Taman U, tapi agaknya masih awal lagi, kek belum sampai. Cuma ada sebiji kek Chocolate Indulgence, dua biji Triple Cheese Cake dan sebiji dua kek lain.
Disebabkan sambutan secara official 😜 akan diadakan di sebelah malam, jadi, Sk mengajak Iman balik ke rumah dulu. Kami keluar semula selepas tengahari dan menuju pula ke Aeon Bukit Indah. Tiada senyuman menyapa di wajah staf SR yang menyambut pelanggan ketika mengimbas Mysejahtera. Lepas beritahu tujuan kami untuk beli kek, dia bertanya flavor kek. Kemudian memberikan kertas kecil catatan hendak ditulis atas kek. Kreativitinya lumayan sekali tak padan dengan mukanya yang masam tadi, hihi.
Dekat pukul 3, Angah hantar mesej di grup whatsapp, Abang Jamal kena tahan ward kerana bacaan tekanan darahnya yang agak tinggi. Kemudian ibu pulak telefon, beritahu, boleh tak, batalkan saja sambutan hari jadinya malam tu.. rasa tak tertelan nak makan katanya, bila Abang Jamal masuk ward.
Lalu, Sk membatalkan tempahan makan malam yang Sk telah buat di Grand Seafood Senibong. Haaa.. ingat Sk pun senang hati ke nak teruskan majlis dalam keadaan macam ni. Mujurlah GSS memahami. Ialah, perkara dah nak jadi, kan. Selepas Abang Jamal dimasukkan ke ward, Angah masuk pejabat semula. Zaman covid ni dah tak dibenarkan bertunggu tangga di ward, semoga Abang Jamal baik-baik sahaja di sana.
Disebabkan kek dah dibeli, Sk bawa jugak ke Senai. Kami raikan jugak hari lahir ibu yang ke 18 81 dengan meriah cara kami seperti selalu. Padamkan lampu dan nyalakan lilin, kemudian potong kek dan makan. Tak ada masak-masak dan bakar-bakar sebab memang rancangannya nak makan di GSS, kan.
Iman kata, lain macam jari nenek tu. Sk pun sebenarnya keliru sebelum nak masukkan gambar tu.. kahhh. Tengok betul-betul ya, satu jari tu tak nampak kesan kena celup dakwat inai lepas mengundi hari tu, hahaha.
Sampai lupa nak ambil gambar dengan kek. Dah siap potong dan makan baru teringat nak bergambar. Tak cukup korum, tapi nak buat macam mana, kita hanya merancang tapi Allah swt jua Maha Merancang. Tentu ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
Semoga Abang Jamal cepat sembuh dan dapat kembali semula ke rumah. Semoga Angah terus tabah menghadapi ujian ini dan diberikan ganjaran pahala atas kesabarannya, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Untuk ibu, Selamat Hari Lahir, semoga diberi keafiaatan, berbahagia dan sejahtera selalu, ibuku, Amiiinnnn. Kami saaaaaayang nenek!
Selamat hari lahir ibu!!!seoga dipanjangkan umur dan dikelilingi oleh orang- orang tersayang...
ReplyDeletehuhuhuhuhu , ain siap close up ehkk.. gambar yang di maksudkan .hahhahaa..
ReplyDeleteMoga Abang Jamal cepat sembuh.
ReplyDeleteHappy belated birthday ke 18 ibu SK, Puan Siti Ramlah.
Moga sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang.
Cantik betul tulisan atas kek tu SK. Kirim salam dengan empunya tangan ajaib itu ye.
selamat hari lahir !
ReplyDeletecantik dan berseni jugak tangan staff SR tu. hehehhee
Selamat hari lahir!
ReplyDeleteSemoga ibu SK sentiasa dilimpahi keberkatan dan rezeki. Dan abang jamal juga segera sihat ya. Aamiin.
ReplyDeleteHappy belated birthday untuk ibu..sweet 18 gichew🥰..Semoga ibu sentiasa dirahmati Allah
ReplyDeleteHa ah lah.. tangan tuuu.. Hahaha. Apa pun, Happy Birthday to you mom ... Semoga yang bebaik je kehidupan di dunia dan akhirat... Amin!
ReplyDelete