PATIN TEMPOYAK & DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

MINGGU terakhir sebelum puasa, macam-macam punya keinginan yang hendak dimakan. Tambah lagi minggu ini minggu terakhir bekerja sebelum long weekend lusa. Sepanjang minggu ni, Sk tak makan roti untuk sarapan sebab teringin nak makan Mee Goreng Kak Sab, akhirnya terlaksana pagi ini.


Suruh Iman masak nasi, tengahari singgah Anjung Selatan tapau Patin Tempoyak. Iman kata, boleh tak kalau dia nak Daging Salai Masak Lemak Cili Api? Jadi, Sk cuma ambil sekeping patin, minta bahagian ekor. Mujur masih awal, patin masih penuh seperiuk, pilih nak badan, kepala atau ekor. Kalau lambat sikit, kepala aje yang tinggal.

Nikmat sungguh menghirup kuah gulai tempoyak. Lunaknya ikan patin. Sambil makan, boleh pulak Iman cakap, orang Sarawak tak boleh makan ikan patin, kan. Terus teringat kisah LAGENDA IKAN PATIN. Tapi, betul ke, Sarawakian tak boleh makan patin, atau cuma keturunan tertentu sahaja? Maafkan Sk jika salah ya.

Daging Salai tu sungguh terasa salainya. Ada bau dan rasa asap-asap. Kuah lemak cili api pun sedap tapi taklah rasa pedas. Iman makan sampai menghirup kuah sebab tak pedas katanya.

Syukur, dah dapat semua yang diidamkan sebelum puasa.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. boleh kak, saya pun makan je ikan patin...hihi

    ReplyDelete
  2. tu la...SK tanya bleh courier ke x Paru Berlada tu SA rasa seram yang amat..hahahahaha...

    ReplyDelete
  3. Enak sungguh santapannya... tapi yang memukau mata PH ni, si jantung hati oopps jantung pisang tu :D sedapnya cicah sambal belacan

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan ikan patin dan tak pernah makan tempoyak. Tapi daging salai masak lemak saya suka.

    ReplyDelete
  5. Rasa macam lama nauu tak makan patin tempoyak, jiran ni lama plak tak open order ikan patin.. tempoyak ada tuu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!