RAMAINYA ORANG DI HARI CUTI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

SEMALAM, masa sedang menikmati bufet tengahari dari kelas Penyediaan Makanan Tahap 3, Fidah bertanya, jika Sk berjalan ke mana-mana esok (hari ini). Sk jawab, tak jalan kot.. duduk rumah aje. Tiber terdengar suara Aida mencelah, "Ialah tu.. dok umahhh..," Terus Sk tergelak campur pelik. Sebabnya, Sk dan Aida ni bukan rakan fb atau ig, tahulah pulak dia yang kita ni jenis tak lekat di rumah bila cuti 🤔


Memang tak lekat di rumah pun. Saja buat-buat tanya Pak Inche, nak masak ke? Belum sempat dijawab, beritahu, Iman ajak mengopi di Puteri Habour. Jadi, rancangnya nak keluar pukul 2. Sekali hujan daaaa.. jadi, tukar haluan. Pak Inche ajak ke Kafe Nyonya di Midvalley. Aisehmannn.. tiap minggu pergi MV 😆

Sk beritahu, hari ni mesti ramai orang di MV, cuti, kan. Pak Inche kata, bukan kita nak jumpa-jumpa orang.. hurmm. Dalam perjalanan tu, eh.. berubah-ubah pulak plannya. Nak makan Nasi Daun Pisang Ashoka, pulak. Sk pulak, teringat Nasi Rawon di Warung Boyan. Tapi, akhirnya kami ikut rancangan asal ke MV. Masuk jer 'parking'.. dah boleh bayang sesaknya kat dalam tu.

Masing-masing datang lima enam beranak. Ialah, cuti ni la dapat jalan-jalan dengan family. Tu takpa, berdiri tengah laluan sampai menghalang orang nak berjalan. Kalau jalan pulak beriring empat lima orang melintang jalan. Dah satu hal pulak kita kena mengelak dia. Si Iman sampai terpaksa buat pusingan u. Iman kata, dah macam main game pulak, kena elak-elak orang 😅. Bila Pak Inche komplen, ramai orang, teruslah Sk pulang paku buah keras. Kan dia jugak yang cakap, tak apa orang ramai, bukan kita nak jumpa-jumpa orang. Haaa.. ni dah kena jalan ngelak-ngelak orang. Orang pulak, macam la kita ni halimunan.. macam nak langgar kita yang sebesar tidak ni 😂 terpaksalah kita pulak yang mengelak.

Tu takpa, sampai depan kafe yang dituju, keliling tutup dengan plywood. Ada renovasi atas nama kafe lain pulak. Thai Ekspress, Chicken Rice Shop, Oriental Kopi, semua beratur panjang. Kiosk-kiosk pun sama.. Auntie Ann, Ilao Ilao, Harizuku Hazukido Croissant... semuaaaa penuh orang. Pak Inche kata, gi Old Town (White Coffee) jer la. Sk teringat Secret Recipe. Sampai SR, macam penuh. Patah balik ke Old Town. Datang staf dia beritahu, kena tunggu makanan dan minuman 45 minit. Aik! Pergi pulak SR, maaf, makanan lambat, sebab hari ni orang ramai. Pergi pulak SDS Cafe. Tak ada! SDS Cafe tak ada, hilang!. Lepas tu, Iman teringat, plywood yang kat Kafe Nyonya tu, ada tulis SDS. Oh, pindah situlah nanti.


Masa nak tuju ke Cafe SDS tu, Sk teringat nak telefon Restoran Senoko. Setahu Sk, Senoko buka kedai pukul 4.30. Bila Sk telefon tanya, betul, buka 4.30. Tengok jam baru pukul 4 lebih sikit. Terus cakap dengan Pak Inche, kalau SDS pun tak dapat makan, kita keluar la dari MV, terus makan kat Senoko, adeh!

Iman minta air gelas besar. Dahhh.. tiga-tiga dapat air gelas besar. Jenuh nak menghabiskan. Jus nenas untuk Sk dan Ais Limau untuk Pak Inche. Iman minum jus carrot susu, nak terangkan mata 😍


Lapar sangat la tu. Tak sempat tangkap gambar, dia dah capai dulu mangkuk Sup Ekor. Power betul Sup Ekor dia!

Kali ni konon nak order Tomyam aje. Dah siap sebut semua menu, Pak Inche nak juga Sup Ekor.


Tomyam Seafood. Selalu udang dua ekor jer, kali ni tiga ekor. Besar-besar pulak tu udangnya. Selain udang, ada sotong dan ayam jugak. Tomyamnya pun sedap hari ni. Pesan jugak telur dadar, baby kailan dan sotong goreng tepung serta ikan siakap stim limau. Kiranya kali ni ambil lauk yang basic aje.


Siakap Stim Limau yang tersangatlah sedapnya. Sampai jer siakap ni, terus simpan kamera. Jadi, hidangan yang sampai seterusnya tu, tak adalah gambarnya. Rasa berbaloi jugaklah tak dapat makan kat MV tadi bila dijamu dengan hidangan yang enak begini 😆.

Paling enak, tak perlu nak masak dan kemas dapur.. yabadabadooooo.


Pak Inche kata, malam nak makan simple jer sebab ada siaran langsung perlawanan bola sepak persahabatan di tv, Malaysia vs Singapore. Asalnya tadi, lepas makan di MV nak tapau Ayam Goreng Texas. Tapi dah tak jadi makan kat sana, malas la pulak nak beratur kat Texas tu. Suruh Iman pilih nak KFC atau McD, Iman pilih McD. Jadi, kita drive thru aje la... belum berapa panjang barisannya kalau petang-petang. Jangan tunggu malam... jenuhhhh nak sampai kat kotak pesanan tu.. 😅😅😅

Aaaa.. rasa menyesal pulak tak mohon cuti esokkkk 😭



Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lama tak ke MV... tempat tu besar sangat!

    ReplyDelete
  2. Ini namanya jalan-jalan melawat kedai. Hehe.
    Satu kegigihan singgah satu-satu dalam MV.

    ReplyDelete
  3. punyalah mencabar nak cari makan tengahari ye..

    ReplyDelete
  4. cara hirup sup ekor pon dah tahu cam mana pegi diaaa rasaa sup tuu.hahahhaa..

    ReplyDelete
  5. Dah namanya hari cuti SK oiii....mestilah ramai orang....hehehee...apapun berbaloi la dapat makan kat Senoko kan...

    ReplyDelete
  6. Masa cutilah ni ramai orang keluar beramai ramai. Ye tak ye jugak macam main game elak elak berlaga dengan orang. Kan dah kena setepek Pak Inche. Bukan nak jumpa orang sekali orang ramai daaa...Uishh tomyam seafood dia nampak sedap tu. Udang tu saje nak goda eh.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!