Assalamualaikum wbt
WALAUPUN Majlis Sambutan Hari Jadi Nenek di Grand Seafood Senibong terpaksa ditunda kerana Abang Jamal dimasukkan ke ward, namun Angah kata, jomlah kita makan Soto Batu 10. Rasa tak best katanya, sebab masa kami sarapan Nasi Lemak Berhias tu, Angahnya tak ada. Jadi, jomlah kita!
Ini pertama kali Sk ke sini. Soto Batu 10 ni tempat favourite Angah dan Cik Ani anak beranak. Bila tanya nama restoran, tak tahu. Jadi, tanyalah dengan Iman yang daftar masuk Mysejahtera, baru tahu.. namanya Empire Wak Lan. Restoran ini terletak betul-betul belakang Sekolah Kebangsaan Batu 10. Haaa.. ni sekolah Sk dari tadika sampai darjah 1 sebelum berpindah ke Pontian.
Tak apalah tak dapat makan seafood, yang penting dapat makan sama-sama di Grand Soto. Ramai jugak pelanggan di sini. Suasananya sempoi dengan cuaca yang agak baik, malam tu.
Soto Nasi dan Bihun siap Berdegil Bergedil.. Ada yang nak taugeh, ada yang tak nak taugeh. Agaknya tukang bubuh dalam mangkuk pun pening, sudahnya, semua tak ada taugeh.
Sedih dapat taugeh sebatang ajo, hahahha. Tak terfikir pulak nak mintak taugeh sebab ingatkan taugeh dah habis ke.
Soto tak cukup syarat. Semangkuk soto yang biasa sahaja. Untuk orang yang tak cerewet macam Sk sekeluarga, no hal punya.
Semua dah dapat makanan masing-masing.
Pak Inche makan bihun soto lah.
Eh, Angah baca doa.
Sebab soto ada ayam, birthday girl makan nasi lemak telur. Telur ayam makan pulak eh.
Lepas tu, Angah panggil adik tu, nak order burger, satu tak nak sayur, satu sayur lebih, satu biasa. Ingatkan bungkus.. rupanya makan situ laaa.
Alamak! Iman pun terlibat jugak! Yang Si Ilham tambah lagi semangkuk soto.
Yassalammmmmm..
Burger daging, sayur lebih, makan separuh, separuh lagi bawa balik, bapaknya tukang bedal pukul doblas malam. Ish ish ish.
Makan ramai-ramai gini memang laju je licin pinggan... order extra food tu biasa le hehe...
ReplyDeleteHaahaaaa... kelakar betul Iman dapat taugeh seekor saja.
ReplyDeleteTahniah PI...dah pandai makan soto..🤣🤣
ReplyDeleteWahhh.. Bestnyaa.. Lagi makan beramai ramai.. Memang ngammm la seleraaa.. Syok gituhh
ReplyDelete