Assalamualaikum wbt
SEKARANG ni, kalau nak lepak makan Mamak, memang sanggup memandu jauh sampai ke Eco Botanic walaupun dalam kawasan taman dan taman-taman yang berdekatan, ada jer Kedai Mamak. Kalau setakat nak makan roti canai atau roti telur, bolehlah, tapi kalau nak makan tosei, memang malas dah, sebabnya kuah chutney tu, memanjang tak ada. Sikit-sikit habis.. sikit-sikit habis, geram betul! Dah tahu kedai tu buka sampai malam, boleh tak masak kuah tu lebih sikit. Atau kalau takut basi, masaklah dua kali.
Makan berdua jer dengan Iman di Mamu Junction sebab Pak Inche bertugas perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim. Tahniah JDT berjaya merangkul piala malam tu. Lawannya, lawan yang sama masa Piala Malaysia tapi masa tu JDT gagal menempa kemenangan. Begitulah bola yang bulat, ada masa kalah, ada masa menang.
Selalu nampak pelanggan lain pesan Roti Nan dengan Ayam Tandoori. Nampak menarik sangat persembahannya, jadi malam tu, Iman kata nak cuba. Nak tengok, sedap Mamu atau Bismi. Pendapat Iman, ada pro dan kontra. Nan Cheese Bismi kejunya di dalam roti dan boleh tarik-tarik macam pizza, sebaliknya Mamu letak cheese atas roti. Kesimpulannya, keduanya ada kelebihan tersendiri. Sk cuma rasa sikit jer, tak adil pulak nak buat ulasan melebih-lebih, hehehe.
Malam tu, Sk macam biasalah, pesan Mee Goreng. Sedihlaaa, mee gorengnya tak sesedap macam masa MAKAN HARI TU. Sama ada tukang masak tak konsisten atau tukang masak tak sama. Merajuk dah tak nak lagi order Mee Goreng kalau datang sini.
Datang lagi Mamu, kali ni bertiga dengan Pak Inche sekali. Sk pesan Nan Cheese Ayam Tandoori. Baru nampak kejadiannya, dia gunakan slice cheese, kemudian ditabur dengan rempah apa tah. Masa sampai ke meja, rotinya panas-panas, jadi cheese tu nampak basah-basah berkilat. Boleh dikatakan Sk lebih sukakan Nan Cheese Mamu ni.
Ayamnya pun banyak datang dengan Sos Pudina yang sedap. Dhal cicah Nan Cheese tu pun sedap sangat. Mau tiap kali datang memang ambik Nan Cheese aje la lepas ni agaknya sebab dah merajuk nak makan Mee Goreng, hahaha.
Tudiaaa....nasib SA tengah sakit tekak..tonsil ni blom baik sepenuhnya...well SA geram tengok semua makanan tu ha...tapi tu la..SA x leh makan...
ReplyDeleteKalau camtu, satu kedai dine in satu lagi tapau. Hehe..dapat dua dua makanan sedap. Kecewa betul kalau makanan tak maintain sedap. Boleh lari pelanggan gitu. Eleh Pak Inche, menyakat anak lepas tu dia pulak tersangkut makan. hehehe...
ReplyDeleteNan Cheese tu memang nampak sedap...
ReplyDeleteMurtabak dekat kedai mamak memang datang dalam dulang agaknya ye SK? Di Thaqwa Sri Gombak ni pun besar gini juga murtabaknya :)
Puas hati tengok murtabak tu ha.
ReplyDeleteRasanya pada awal bulan ni tempoh hari dah peneka roti naan dan ayam tandoori di restoran famous di Melaka, Pak Putra
ReplyDeleteKak, kadang pelik ek derang buat Mee Mamak, harini sedap, makan esok-esok ehh lain plak.. even makan di SDS pun, kadang lain hari pergi tak sama macam yang sebelumnya makan hahahaha
ReplyDelete