Assalamualaikum wbt
DALAM entri Kisah Hari Mengundi, ada soalan dari Blogger Na, adakah petugas (PRU) boleh mengundi? Ya, Na, boleh. Tapi, bila mereka mengundi ya? Sebenarnya, dulu, Sk ingatkan petugas-petugas ini akan mengundi sehari sebelumnya. Kemudian, Sk dapat tahu, mereka akan mengundi secara pos. Pun tertanya-tanya jugak, bagaimana caranya mengundi secara pos tu.
Bila anak sendiri pulak yang jadi petugas, haaaaa.. barulah kita tahu, apa itu undi pos dan bagaimana ia dilakukan. Untuk makluman, petugas PRU terlebih dahulu akan menghadiri taklimat dari Suruhanjaya Pilihanraya. Semasa taklimat inilah, mereka akan mengisi borang permohonan undian pos ini di mana kertas undi akan dihantar ke alamat rumah petugas yang memohon undian pos.
Iman terima surat seminggu awal rasanya. Dalam sampul surat, ada dua sampul surat iaitu Sampul A dan Sampul B. Dalam sampul A ada kertas undi, dalam sampul B ada Borang Pengisytiharan Identiti.
oo..begitu... teringat masa kecik kecik dulu... abah pernah jadi petugas. balik pakai topi lambang SPR
ReplyDeleteTahun ni kita tak mengundi tapi kita memang dah agak sapa yang menang hehehehe.. alhamdulilah..
ReplyDeleteOoo begitu ceritanya. Selalu dengar pasal undi pos. Sekarang dah faham.
ReplyDeleteRasanya saya tahu undi siapa tu . Hihi
ReplyDeleteOh..begitu..
ReplyDeleteIman dapat dua pengalaman baru la jadinya...mengundi pos dan jadi petugas..Syabbas betty..🥰
Oh macam tu. Ingatkan mereka akan mengundi lepas habis semua orang mengundi
ReplyDeleteohhh begituuu cara mengundi pos .. kihkihkihhh.. baru lerr kita tahuu..
ReplyDeleteTerima kasih jawab soalan saya.
ReplyDeleteItulah ingatkan undi awal macam polis.
Ha ah, kawan saya pun cakap dia undi pos...sebab jadi petugas..tapi x tanya pulak camtu rupanya... Egtkan bebila leh post before hari mengundi sebab memang kena kira sekali kan.. Ok, tq info... Tahniah Menteri Besar Johor yang baru!
ReplyDelete