Assalamualaikum wbt
TELUR tinggal sebiji, baki nasi pun tak ada, lauk semalam lagilah tak ada. Tapi, ada roti G, hari tu beli sebungkus yang besar sebab tu jer yang ada kat kedai. Malas nak pening kepala, Sk buatkan inti sardin untuk makan dengan roti. Jadi, pagi ni sahur roti putih dengan sardin.
Guna sardin saiz kecik sekali tu. Isinya ada empat ekor comel belaka. Hiris bawang dan cili hidup, gaulkan bersama isi sardin yang dah dihancurkan, kemudian perah jus limau kasturi, tabur garam sikit.
Buatkan teh o panas untuk bapak dan anak. Untuk Sk, nescafe kaw, hehe. Sapu mayonis dulu pada roti, kemudian baru letak inti sardin. Sendiri punya sendiri buat. Pak Inche makan gitu-gitu jer dengan roti. Pelik, karipap sardin dan lauk sardin tak makan pulak dua beranak ni. Kalau tak, mahu seminggu sekali Sk masak sardin, hahahaha.
Esok nak sahur apa pulak ek??
Ini buat berbuka pun on!
ReplyDeleteAdoii teh o tu yg kita rs nikmat pepagi minum hehhehe
ReplyDeletetd sy goreng nugget je utk budak² 3 org tu mkn dgn nasik panas... ayah ibu mkn nasik dgn telur mata tuang kicap.. hehehe
ReplyDeleteDah kira baik dah ni.. Janji sahur..
ReplyDeleteKita pagi tadi sahur roti cecah sambal bilis dalam tin kak.. memasing dah muka toyeee bersahur hahaha
ReplyDeleteRuginya depa dua tak makan sardin... lauk paling sedap kot :p
ReplyDeleteWak kalau sahur r berbuka puasa mesti cari nasi dulu
ReplyDeleteabe kie pun x de selera makan nasi masa sahur. kdg2 tu makan bun bilis G yg rego rm1.30 tu dgn kurma. minum nescafe kaw. cukup la.
ReplyDelete