BERBUKA DI RUMAH, MAKAN DI SENOKO 12 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt

JEMU dan penat nak memasak, bukan pasal nak salahkan puasa ya, tapi memang dah perangai semulajadi, hihi. Rancangannya, nak berbuka di restoran tomyam kegemaran kami, Restoran Senoko di Stulang Laut. Tahu dah, mesti akan ramai, kan nanti, jadi, kami berbuka dulu di rumah, pukul 7.45 baru keluar.

Disebabkan ada kerja tak selesai semalam, Sk keluar pejabat agak lewat. Sudahnya, jem dah menggiler. Nak masuk susur keluar ke Skudai dari arah Pasir Gudang tu pun dah tak bergerak. Sk ambil keputusan ambil lorong kiri dan buat pusingan U di persimpangan bertingkat Plaza Angsana. Oh, ada perangkap samar rupanya. Nampak ada polis trafik berdiri di pinggir persimpangan sambil bercakap guna walkie talkie.

Dah masuk Jalan Skudai, memang jem rabak la. Dengan cuaca panas, dengan jem, ingat nak singgah beli kuih untuk berbuka puasa di gerai kuih depan Restoran Morso, pun jadi malas. Sk ada pesan dengan Pak Inche, balik terus. Tapi, fikir dia kan degil, suka jugak nak singgah sana-sini, jadi, Sk fikir tak apalah kot, tak singgah beli kuih. Nanti, mesti Pak Inche bawa balik kuih jugak.


Haaa.. memang pun Pak Inche bawa balik kuih, tapi kuih raya la... Kuih untuk berbuka puasa, nan hado! Bising dia, kenapa Sk tak beli kuih untuk buka puasa, tapi suruh dia balik terus. Sk ni pulak, baru bangun tidur, hahaha. Semalam memang 'all out' la dekat pejabat dengan Naza, 'so' letih. Jadinya, terus capai kunci, nak tuju pasar Ramadhan. Teringat dekat belakang rumah, ada 'Lubuk Kuih'. Mintak-mintaklah ada lagi jualannya.


Lega hati nampak kuih onde-onde kegemaran Pak Inche ni haaa. Masa balik dari Melaka tuari, singgah Merlimau beli gula melaka, Pak Inche kata, nanti puasa nak buat onde-onde. Sampai ke sudah, hahah.. dah 13 puasa, jangan kata onde-onde, lengkong pun tak dak, hahaha.


Ambik popia sayur sebungkus. Sedap sosnya tu, kulit popia dah liat sikit, agaknya pasal dah lama goreng dan dah masuk angin.


Pulut Panggang. Sangat terasa dipanggang. Dari pulut, inti, semua sedap, berbaloi la beli pulut panggang ni. Rasa mahu singgah beli tiap hari ni sebab tak perlu masuk pasar ramadhan. Bukan apa, nanti kalau masuk pasar ramadhan, dari nak beli pulut panggang, takut terbeli ayam panggang sekali, hihihi.


Sampai Senoko, memang terus dapat meja la. Ramai yang dah balik agaknya. Restoran pun tak penuh macam selalu. Kali ni, tak ambik ikan. Nak ambik sup ekor, ekor tak ada. Jadi cuma ambik lima lauk ni dengan telur dadar. Licin tiga beranak mengerjakannya, hehehe.

Syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bila la kita ni nak sampai ke Johor pi ke Senoko ni...asyik tengok hidangan kat rumah SK ni je...terasa nak makan kat situ la...

    ReplyDelete
  2. kuih onde onde bln puasa tk mkn lg..jrg beli sbb takut keas..dlu2 mak buat..kalo mkn kt luar lps org berbuka , tk la sesak sgt kan

    ReplyDelete
  3. Dulu2 kalau mak buat onde-onde(kami panggil buah melaka) punya la tak suka..Bila dah tua...eh suka la pula.Tapi pulut udang tu terliur SK oii..huhuhu

    ReplyDelete
  4. hah yee...semalam dari pagi lagi pak polisi dekat situ...huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Betul... popia ni sos dia yg penting...

    ReplyDelete
  6. Wahh... Banyak kali baca pasal Senokok,. sampai sudah x gi makan lagi... Nanti nak try gakk.. hahaa

    ReplyDelete
  7. Onde-onde tu keluarga belah suami panggil kelepon.

    ReplyDelete
  8. Kami pun semalam tewas juga. Hari-hari masak sampai jemu jugak. Semalam tapau nasi putih dengan daging bakar. Kuih pun dua je, onde-onde dan pulut kelapa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!