NASI BERIANI KAMBING BERBUKA 10 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum wbt

MINGGU yang meletihkan, bukan sebab puasa tapi kerja melambak di pejabat. Tapi, melambak macam mana pun, balik tetap ikut 'time'. Esok masih ada, katanya. Yakin betul kamu ya, Sk!

Sk cerita sikit la juadah berbuka semalam. Pak Inche pesan, tak payah masak nasi, sebab dia nak beli Nasi Beriani. Masalahnya masa tu dah 5.30 dan dia sangkut jem. Karang beriani ke mana, berbuka di mana? Hahaha. Pak Inche kata, kalau tak sempat baru masak nasi. Sk minta Pak Inche beli dua bungkus aje kalau ada berianinya.

Iman punyalah risau takut tak ada makanan berbuka, dia masak nasi pukul 6.30. Panaskan kari tulang, nak makan dengan beriani boleh, nasi putih pun boleh. Apa seadanya laaaa.


Pukul 7 baru Pak Inche sampai rumah bawa dua bungkus beriani kambing. Penuhhhhh sebungkus tu sampai melimpah-limpah. Pak Inche suruh Iman hidang dalam mangkuk, dia nak ceduk sendiri nasinya sebab tak habis makan nasi sebungkus. Iman pun ambil separuh dulu nasinya takut tak habis.


Sk makan nasi putih dengan Asam Pedas hari tu. Tu la sebab suruh Pak Inche beli dua aje. Tak sangkalah pulak banyak macam tu nasinya. Pemurah betul penjual nasi beriani tu. Iman kata, agaknya dah nak berbuka, dia nak habiskan cepat, hihihi. Itulah rezeki jika beli dah petang-petang. Sama ada dapat lebih atau tak dapat langsung sebab dah wassalam, huhuhu.

Syukurrr Alhamdulillah 🌹

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA kan...dah hari ke 10 dh bermacam menu yang muncul..mee goreng la..bihun la..kadang makan kuih je...tahun ni lain skit la..selalu mesti dan wajib ada nasi...

    ReplyDelete
  2. bulan puasa ni jam 4 tepat mesti terus je chow.. hahaha... kena on time

    ReplyDelete
  3. nasib baik beli dua je, kalau tiga bungkus gamaknya esok sahur dengan nasi beriani haha

    ReplyDelete
  4. Eh, nampak pecuk yang masih segar tu.
    Alaaa.... ada lagi rupanya asam pedas telur mayong yong yong!

    ReplyDelete
  5. kalau ada menu kambing...mmg best

    ReplyDelete
  6. Penjual briyani tu pemurah macam pembelinya la...🤭🤣

    ReplyDelete
  7. Mujur jugak masak nasi putih boleh makan dengan lauk asam pedas. Nasi beriani memang banyak. Boleh share berdua, cuma kadang lauk dia yang tak cukup untuk portion nasi banyak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!