KARI AYAM UNTUK BERBUKA 2 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

ADUH.. Baru 5 haribulan, punch card dah merah. Padahal, keluar macam biasa, tapi dari dalam taman dah mula sesak dan berhenti lama di lampu isyarat. Jalanraya dah mula tersekat dari Setia Eco Business sehinggalah masuk ke persimpangan lebuhraya depan Taman Nusantara. Agaknya sebab minggu ini sesi persekolahan menengah dah bermula. Esok, kenalah keluar lebih awal dari pagi ini.


Tayang Sayur Kubis Goreng Stail Nasi Daun Pisang dulu la. Pak Inche dan Iman ke Econsave petang semalam. Iman tanya, ada nak beli sayur tak? Sk pesan, beli kubis, cari saiz kecik. Pak Inche belah dua dan hiriskan separuh bahagian kubis, Sk tinggal goreng aje. 

Kalau ikutkan di Restoran Daun Pisang, kubis ni dihiris halus-halus, kan, tapi kita redho ajelah ada orang nak tolong hiriskan 😅 Pukul 5.30 dah siap goreng kubis, sebab Sk tak nak kepenatan kalau masak menjelang buka puasa. Nak berdoa pun tak sempat nanti 😆 

Mula ingat nak goreng separuh aje, tapi alang-alang, goreng teruslah semua. Sebab sahur pun nak makan nasi juga. Nanti tinggal panaskan aje. Senang keroje beta.


Goreng papadom siap-siap masuk dalam bekas bertutup kedap udara.


Goreng ayam pukul 6.15. 


Dah pesan Iman, rendam ayam pukul 2. Sampai rumah pukul 4 lebih, terus sinsing lengan. Kopek bawang, kisar aje. Terus tumis, masukkan rempah kari semua, tumis lagi, masukkan ayam dan kentang, gaul sekejap. Kemudian campak semua dalam periuk noxxa, set HP 15 minit. Siap, baru masukkan garam, asam keping, tambah air sikit, masukkan tomato.


Pak Inche buat sambal belacan.


Dah nak azan, baru Pak Inche cakap, dia ada beli timun.


Pinggan Pak Inche. Dari dia sampai anak-anak sedara dia semua pesyen, sebelum azan dah siap bubuh lauk dalam pinggan. Kalau sebelah family Sk, selagi tak azan, selagi tu tak ceduk lauk ya. Tunggu azan, minum air ke, makan kurma ke, makan kuih ke, lepas tu baru ceduk lauk.


Macam biasalah, Pak Inche memborong kuih di pasar ramadhan.. sila habiskan.

Sabar aje laaaa 😅



Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Eh..style family SK ngan family SA sama la....

    ReplyDelete
  2. hahahhhaa... klu kita dedua style ada kat rumah ni...

    ReplyDelete
  3. kalo start sklh sy pon keluar awl dr bse pegi keje.. ats jln mmg byk kete.. hehe
    febret sy kobis goreng! tp xleh mkn dh.. sakit urat.. rugi betul.. haha

    ReplyDelete
  4. PH pun sama... cedok semua lauk dulu then tunggu azan...
    Agaknya style orang Kedah kot haha...

    ReplyDelete
  5. Dulu mak kami marah kalau boh lauk sebelum azan..hihihi
    Teringat beberapa tahun lepas ada tamu tak diundang mai rumah dia bawa anak-anak dia 4 orang.Kita masak ayam dan sotong.Goreng ikan 5ekor..Dia susun dalam pinggan anak-anak dia sorang sekor..sebelum makan..🤭🤭🤭

    ReplyDelete
  6. kalau ammi bubuh lauk sesiap hahah..kes azan je baca doa minum sikit terus ngap

    ReplyDelete
  7. Alahai SK... Kalau Kak Amie, papadom tu dah wasallam tak sempat sampai waktu sahur hihihiii.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!