SIAKAP GORENG CICAH KICAP BERBUKA 5 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum wbt

KEBELAKANGAN ni nampak banyak video Ikan Siakap Stim lalu lalang di media sosial. Hurmmm.. geram aje dan kadang rasa nak marah jugak tengok video tu. Marah sebab tak betul! Dorang ni tahu tak maksud stim tu ek? Stim yang diambil dari perkataan inggeris, steam, makna dalam bahasa melayu, kukus. Tapi dorang rebus, macam masak singgang.. hurmmmm.

Eleh Sk.. ko ingat, ikan-ikan siakap stim yang ko makan kat kedai tomyam tu, depa kukuih ka? Dorang rebuih jugak, hahahah. Oh, tu tak nampak takpa. Janji bila dia mai hantaq kat meja kita, letak dalam pinggan besi atas tungku, ada api menyala bawah dia, berasapppp jer ikan kita, hahahaha. 


Okay la, lupakanlah pasal siakap stim tu, meh Sk tunjuk ikan siakap yang Sk goreng untuk berbuka puasa semalam. Sekali lagi cadangan dari Iman, agaknya sebab hari tu kan tak dapat makan Siakap Goreng Rahmat. Cuma, SGR tu, ikannya digoreng tanpa dibuang sisik. Siakap Sk ni dah siap buang sisik di kedai sebab Pak Inche nak buat masak stim.

Bukan jer dah buang sisik tapi dah dibelah ala butterfly. Pukul 12 tengahari dah minta Iman rendam. Untuk perapan, Sk cuma guna garam dan kunyit sahaja. Pukul 6.30 baru goreng, kononnya nak berbuka nanti masih panas-panas lagi.


Buat kicap lada dan bawang sebagai pencicah ikan siakap. Hiris bawang dan cili padi, tomato didadu serta perahkan jus limau kasturi baru tuang kicap. Pelik pulak masin betul kicap kipas udang tu padahal kicap manis. Dorang salah label ke?


Pak Inche dapat mandat beli lauk yang sesuai digandingkan dengan siakap goreng. Ada sepotong ikan tak kenal masak kari, sayur buncis tumis dan sotong goreng kunyit. Dah ada sambal belacan kat rumah pun, dibeli lagi sambal belacan siap. Jumlah keseluruhan lauknya RM15. Berbaloilah kan dari Sk yang masak banyak-banyak tu, mahu terbongkang tepi dapur, hahahah.


Eh, dia beli lauk kaki ayam ni jugak. Kaki ayam masak kari pekat kot, dah siap pek dalam bekas macam ni, Iman potong bahagian tutupnya sebab dah terlalu banyak mangkuk. Nanti dia jugak yang kena cuci, katanya. Tak berusik pun kaki ayam tu, padahal dia yang beli. Haaa.. lain kali beli lagi la.. masa lapar memang nampak sedap semua yang kat pasar ramadhan tu.


Tak sahlah kalau tak beli kuih. Tiap kali pun memang kuih yang sama la dibelinya. Onde-onde, seri muka, karipap.. onde-onde, seri muka, karipap. Seri muka tu beli dua pek. Kali ni ada tako juga.


Iman bancuh sirap letak laici. Seronoklah dia dapat lauk kegemaran. Dia tanya, tak buat air asam ke? Sk jawab, tak sesuai. Kalau ikan bakar, barulah kena makan dengan air asam, kan kan kan...

Syukur Alhamdulillah 🌹









Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedap tu siakap goreng cicah kicap cili..pekat btul kari kaki ayam tu

    ReplyDelete
  2. Perghh banyaknyaa.. haritu Suami kita buat cmtu laa Kak, cuma dia curahnya kicap atas ikan.. nanti nak buat lagi laa, ada ikan kambing tu dua ekor lagi..

    ReplyDelete
  3. PH taktau pun selama ni siakap kukus di kedai tu di rebus... noob betul hahaha...
    Murah sangat tu SK, berbaloi beli apatah lagi kalau masakannya sedap :)

    ReplyDelete
  4. sedap pulak nampak kaki ayam pekat-pekat macam tu kak.. kalau lembut sekali sedut je slurrpppp peh...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya...kalau SA pun goreng ikan siakap ada kicap cili..kalau makan ngan air asam macam x kena...maybe bleh try cicah budu...pun sodap....

    ReplyDelete
  6. Saya pun sula ikan goreng cicah kicap.Dua hari lepas ayam panggang cicah kicap.
    Meriah juadah SK

    ReplyDelete
  7. Menyelerakan sungguh tu semua juadahnya. Kita terliur tengok siakap goreng dengan kicap lada tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!