SAHUR 12 & 13 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

WAKTU Imsak di Johor Bahru, hari ini, 5.43 pagi. Siap dah bersahur 13 Ramadhan 1443H. Pagi ni masing-masing nak makan roti saja. Pak Inche dengan telur hancur dan Iman dengan telur mata. Pak Inche minum teh O, Iman kata teringin nescafe yang kaw. Sk masuk dapur, terus panaskan kuali jer dan didihkan air. Siap semua, baru panaskan nasi goreng yang tinggal semangkuk kecil untuk diri sendiri. 


Dalam gambar, juadah sahur 12 Puasa yang tak sempat nak masukkan dalam entri semalam. Menu lain-lain, Iman makan nasi putih dengan sup kambing, nasi goreng daging untuk Pak Inche, Sk pulak makan nasi beriani kambing. Kerlassss ko Sk, makan nasi beriani taim sahur, hahahaha.

Syukur selalu ❤️

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita pagi tadi sahur makan nasi je sesenduk...x lalu plak sahur pagi tadi...ni kang memang menggelupur la pedih perut

    ReplyDelete
  2. Senang kerja tinggal buat air dan reheat je. Sorang telur mata sorang telur hancur. Lain lain selera lauk telur. Memang kelas kak uii makan nasi beriani masa sahur.

    ReplyDelete
  3. Lega SK, tak payah masak bagai hehe...

    ReplyDelete
  4. buat laperrr je nengok menu sahur petang2 ni..hahhaha..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!