Assalamuaikum wbt
SEMPURNA sudah hari pertama berpuasa Ramadhan 1443H. Syukur juga kerana puasa tahun ini ramai yang dapat kembali ke pangkuan keluarga selepas dua tahun kita berpuasa dalam situasi pandemik yang melanda seluruh dunia akibat virus covid 19. Selepas dua tahun berpuasa di rantauan, kali ini Cikwa balik menyambut puasa di Johor. Dapatlah adik-beradik Sk berkumpul tahun ini.
Hari ini juga merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Abang Jamal yang ke 56. Mungkin ada pembaca yang mengikuti blog Sk ni masih ingat, abang ipar Sk ni mengalami stroke tahun lepas. Keadaan kesihatan Abang Jamal turun naik jugak. Syukur, semasa mula-mula dulu, Abang Jamal tidak dapat bergerak sendiri tapi atas pelbagai usaha Angah, akhirnya Abang Jamal dapat kembali berjalan walaupun rentaknya agak perlahan.
Alhamdulillah..syukur dapat berjumpa dan kesihatan makin baik. Seronok dapat berkumpul ramai ramai. Ngences tau tengok soto tu kak.
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir encik Jamal.. Moga sihat sihat dan diberkati Allah selalu.
ReplyDeleteSeronok berkumpul kan...macam tu jugak la SA seronok berkumpul...x sempat nak buat BBQ je
ReplyDelete