NASI KANDAR TAK ORIGINAL BERBUKA 16 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

PAK Inche beli Nasi Kandar untuk berbuka semalam bila Iman terlupa nak defros ayam untuk dimasak Sambal Ayam. Masa Sk sampai rumah, Iman baru jer rendam ayamnya.. dah tuuu.. bila nak memasaknya? (Alasan!) Pak Inche pun, dapatlah alasan untuk beli nasi kandar yang dicita-citakan dan disebut-sebut sejak minggu lepas.


Tiga bungkus Nasi Kandar dan dua mangkuk bubur lambuk yang dibawa pulang semalam. Besar sungguhlah bungkusan nasi kandar tu, apalah lauknya, meh kita tengok.


Ayam seketul, telur masin sebiji (dah belah dua) dan sayur kubis. Kalau tengok pada kuahnya, ia bukanlah nasi kandar yang original. 


Pak Inche beli juga Kari Kambing. Jumlah semuanya untuk tiga bungkusan nasi kandar berlauk ayam goreng, sebiji telur masin dan sayur kubis, tambah sebiji lagi telur rebus dan kari kambing, semuanya RM45. Bagi Sk berpatutanlah harganya. Cuma ayam tu goreng salut tepung tapi merah macam ayam tandoori. Tengok rupa macam nasi kandar kedai mamak jer.


Bubur lambuk sumbangan Lembaga Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP). Bubur lambuk pertama yang Sk makan untuk Ramadhan tahun ini.

Syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Amat kalau kata nak beli nasi kandar, muka dia dah mencebik hahahahah.. dia tak berapa suka..

    ReplyDelete
  2. Telan air liur jap itu je RM45? T^T Nasib sedap em SK.

    ReplyDelete
  3. PC suka nasi kandar cuma bab kuah campur banyak-banyak tu macam kurang sikit.

    ReplyDelete
  4. Dapat tak ori lah pulak.. Nasi kandar copy ori ni. huhu... Belum dapat lagi bubur lambuk percuma tahun ni. Terasa nak makan bubur lambuk lah pulak. Kena cari kat bazaar lah camni. Nak membuatnya jenuh sebab sorang je nak makan. huhu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!