Assalamualaikum wbt
BULAN mengambang penuh malam tadi tanda kita telah menghampiri pertengahan Ramadhan. Petang semalam, kami tiga beranak ke Midvalley Southkey, Pak Inche nak beli t-shirt untuk pakai raya kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam la kot, sebab dia beli sampai lima helai. Kemahennn.. mentang la dua tahun tak balik beraya. Sk sendiri tersambar dua pasang kasut. Ngam tinggal dua saiz Sk yang ada, sayang pulak kalau tak beli 😆. Alasan!
Pening jugak memikio di mana nak berbuka. Sk cadangkan kami buat tempahan awal di Thai Ekspress, tapi Pak Inche tak nak, alasannya, makanan dah sejuk bila berbuka sebab dimasak dan dihidangkan awal. Ada tiga cadangan lain iaitu Senibong Bay Seafood (SBS), Grand Seafood Senibong (GSS) dan Restoran Senoko. Sk dan Iman awal-awal cakap, tak nak Senoko, sebab baru lepas makan hari tu dan tak mahu nak berebut dengan orang ramai. Pak Inche kata, SBS la.. walaupun kami lebih suka ke GSS. Sebab dia yang bayar, kan.. kuturuti.....
Terkejut la sebaik masuk ke kawasan parkir Senibong Bay Resort. Terdapat dua biji bas dan berpuluh-puluh kereta. Dari jauh nampak ramai yang sedang menunggu. Iman kata, cepat-cepat.. dia nak pergi beratur dulu. Seorang staf bertanya, adakah kami dah buat 'booking'? Rupanya dah 'full' ya. Dahlah jam masa tu dah 6.40 petang tak silap. Bergegas la kami ke Grand Seafood pulak. Mintak- mintaklah ada kosong lagi.
Sampai GSS, masih ada meja kosong lagi. Kami ditempatkan di meja segiempat dengan empat kerusi. Kemudian meja depan sikit tu, pelanggan dah habis makan dan balik, kami dipindahkan pulak ke meja tersebut yang lebih besar. Apa ketidaknya, tengok menu yang dipesan tu, mahu jatuh pinggan ke lantai nanti kalau masih duduk di meja segiempat tu, hehehe. Cam biasalah, screen shot Ig Stories Iman, hehehe.
Haritu plan nak ke sini juga besday Amat smlm, sekali besday boy bersuara nak buffet di R hahahaha layankan ajerrr
ReplyDeleteAduhai...teringat pernah makan kat sini masa site visit ke Plant...eh..terbayang2 la makanan SK order ni...
ReplyDelete