NASI GORENG DAGING SAHUR 10 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

PAGI tadi terserempak dengan satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Taman Pulai Mutiara. Aduh, seorang wanita terbaring terlentang tidak sedarkan diri di sebelah kereta. Melihat dari cara pemakaiannya, dia adalah penunggang motosikal. Dua orang lagi mungkin pemandu dan penumpang kereta serta seorang pengawal keselamatan berada di kawasan kemalangan. Semoga wanita tersebut baik-baik sahaja nanti keadaannya. Sedih tengok dia terbaring begitu tanpa dapat memberi pertolongan.


Seawal 4.15 pagi Sk dah bangun untuk menyediakan sahur, 10 Ramadhan 1443H. Pagi ini, Sk masak Nasi Goreng Daging. Dagingnya dari soto yang Cik Ani masak untuk Hari Jadi Abang Jamal, ada lagi semangkuk kecil. Sk cuci dengan air panas dan carik-carikkan supaya lebih kecil.

Tumis cili dan bawang kisar yang stoknya sedia ada dalam peti sejuk, masukkan sos ikan dan sos tiram, kemudian masukkan daging. Pecahkan telur, biar telur beku sekejap, kemudian masukkan nasi sejuk dari baki-baki nasi yang tak habis dimakan.

Ada daun sup siap hiris yang Sk sejuk bekukan, Sk campakkan dalam kuali selepas nasi sebati digaul. Terbitlah aroma nasi goreng yang sudah terpuji seantero negeri. Mujur tak ada jiran yang datang ketuk pintu sambil pegang pinggan nak mengendeng nasi goremg kita, hahahaha.

Syukurrrr... Alhamdulillah ❤️


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. pagi tadi sahur SA makan lauk left over dari rumah adik kat bangi ari tu, pas tu goreng telur mata...settle...

    ReplyDelete
  2. Puasa ni dah dua kali sahur nasi goreng Kak, Laki suka beno, kalau Amat, dia taknak hahahah takut sakit perut katanya sebab cili..

    ReplyDelete
  3. Nasi Goreng Daging, sedapnya!
    PH pun suka makan nasi goreng waktu sahur... regu dgn telur mata pun jadi dah :)

    ReplyDelete
  4. Setiap kali ada baki nasi sejuk sikit saya akan teringat SK...ilmu tu saya dah amalkan..kumpul.sikit-sikit dalam peti ais...pastu jadikan nasi goreng...now,asal makan nasi goreng ingat SK..

    ReplyDelete
  5. Moga baik-baik sajalah wanita yang terlibat kemalangan tu.
    Masak nasi goreng di kala dinihari, aromanya lain macam tau...menerobos di bawa angin [kalau tingkap dapur terbuka], jiran pun terus terjaga!

    ReplyDelete
  6. suka masak nasi goreng letak daging..yum222

    ReplyDelete
  7. Moga baik baik je semua mangsa kemalangan. Kalau tengok kemalangan pagi pagi, boleh risau seharian dibuatnya.

    Nasi goreng campak campak letak daging sedap jugak. Teringat pulak iklan nasi goreng tu..tiba tiba jiran datang bukak tingkap bawak pinggan kosong.hehehe...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!