ASAM PEDAS DAN SAMBAL DAGING BERBUKA 6 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt


BILA Pak Inche minta masakkan Sambal Daging untuk berbuka puasa semalam, terus terlintas untuk masakkan Asam Pedas untuk diri sendiri. Dah lama simpan telur ikan mayong dan anak ikan mayong dalam peti ais, dah jadi batu atau Mak Cella cakap selalu, dah jadi fossil, hihihi. Eh, nampak DIA PUN MASAK ASAM PEDAS JUGAK LAAA 😆

Sanggup pulak ke kedai sebab kali ni nak masak asam pedas letak daun kesom. Tu satu, cili giling pun sebenarnya ngam untuk masak asam pedas aje, tak cukup untuk masak Sambal Daging Pak Inche. Jadi, kena jugak ke kedai sebab nak kena beli cili kering. Tapi, sebab malas nak ke kedai awal sangat, Sk masak dulu asam pedasnya, tengahari. Dah petang tu, didihkan semula kemudian baru campakkan daun kesom.


Masing-masing ada lauk masing-masing semalam. Asam pedas telur ikan ni khas untuk maknya. Bahagia sungguh, malam tu Sk mengulang pulak meratah telur ikan sahaja, hihihi. Telur tu Sk kukus dulu supaya asam pedas tak jadi masak lemak.


Untuk Iman, ada Asam Pedas Ikan Mayong. Ni anak mayong jer kot. Sk beli yang dah siap potong dan diletak dalam pinggan. Sk tumis dan masak sekali arung gulainya sambil mengukus telur mayong. Telur tu kemudian Sk masukkan dalam periuk kecil, barulah cedok dan curahkan kuah gulai asam pedas secukupnya dan didihkan semula. 

Kemudian dalam periuk gulai tu, masukkan pulak ikan. Jadi, Sk buat dua periuk la, satu periuk untuk ikan dan satu periuk untuk telur. Taklah buang masa dan gas memasak asam pedas. Rasanya, restoran-restoran asam pedas pun memang guna cara ni iaitu masak kuah asam pedas sebelanga besar terus. 




Sambal Daging dan semestinya Daging Kicap untuk Pak Inche yang tak makan Asam Pedas Ikan dan Telur Ikan. Kalau Asam Pedas Siakap atau Ikan Merah, atau Ikan Pari, barulah Pak Inche pandai makan. Sempat jugak goreng sayur kubis tapi kali ni tak berapa laku macam masak Kubis Goreng Stail Mamak hari tu, hihihi.


Nona Manis dua pek dari Pasar Ramadhan. Siapa lagi kalau bukan Pak Inche yang membeli. Selain tu ditapaunya sekali Roti Jala dua pek, karipap dua pek, mee kawah dua pek. Tak tolong makan, tak sampai hati pulak, beli satu pek cukup la, nak jugak beli banyak -banyak, huhuhu.

Syukur Alhamdulillah 🌹

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tengok telur mayong tu rasa nak balik kampung! Sedapnya SK.

    ReplyDelete
  2. wuiiii..teloq mayong tu...ngences..Mana nak cari ni..
    Batu belah batu bertangkup..Aku kempunan telur mayung....hihihu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!