Assalamualaikum wbt
DATANG Melaka HARI TU memang tiada agenda sama ada nak makan Nasi Lemak Ikan Bakar atau Asam Pedas Tetel. Dah lama nak makan Roti Nan Ayam Tandoori di Restoran Pak Putra, tapi program asyik tertangguh. Kali ni mesti jadik katanya.
Di Restoran Pak Putra ni, tak ada menu utama lain selain Roti Nan. Yang lain-lain semua menu lauk-pauk masakan Pakistan untuk dimakan bersama roti nan. Rasanya lebih 20 jenis roti nan disediakan di sini. Sk dan Iman pilih Nan Garlic Double Cheese dan Pak Inche nak Plain Nan.
Walaupun double cheese, tapi tak la tarik sangat macam Roti Nan di Bismi Curry House. Setiap set roti nan didatangkan bersama kuah dhal. Rasa kuah dhal boleh la, tak la mengecewakan.
Tak nan la kalau tak makan dengan Ayam Tandoori. Kami minta dua set sahaja ayam, Sk berkongsi ayam dengan Iman. Ia datang bersama sos pudina yang agak cair. Walaupun begitu sos pudinanya tidaklah menghampakan.
Ayamnya agak juicy la. Macam lembab gitu. Iman kata, ayam kat sini sedap dari ayam kat Mamu Junction sebab juicy. Namun bagi Sk sebaliknya sebab rempahnya masih basah. Lagi satu ayam kat sini kecik, hehehe.
Sebab tu la orang kata, sedap itu subjektif. Sedap bagi kita, belum tentu sedap di tekak orang lain. Sedap di tekak orang lain, belum tentu sedap di tekak kita, tak gituhhh?
Restoran Pak Putra
56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Waktu perniagaan setiap hari kecuali Isnin
5.30 petang hingga 1.00 pagi
No Telefon : 012-601 5876
Ayam lembut. Guna garfu dan sudu senang carik.
ReplyDeleteDahulu tinggal dekat-dekat situ, selalu singgah petang sebab malam mesti ramai.
Menarik...cuma Nan Cheese bukan pilihan SA...ayam tu nampak sedap...
ReplyDeleteIngatkan masakan kampung sbb namanya takde bunyi Indian/Pakistani...
ReplyDeleteAyam tu ratah pun sedap agaknya SK ye.
Satu hari dalam pose ni nak juga order roti nan ni.. teringat roti arab kat Mekah, 3x ganda besr tu Kak.. hahahahaha..
ReplyDeletePetang2acam ni nampak naan cheese....Melelh ayaq lioq weh
ReplyDeleteAdatnya begitulah kan SK. Di mana ada naan di situ ada ayam tandoori.
ReplyDelete