MAKAN PISANG GORENG RANGUP RENGIT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

TENGAH buang gambar-gambar dalam folder, terjumpa gambar masa singgah Pisang Goreng Rangup Rengit (PGRR) yang femes di Rengit, hehehehe. Rengit ni, kampung ibu Sk. Ibu dulu dilahirkan di Belahan Tampok, Rengit, kemudian bekerja di Johor Bahru. Di sanalah jumpa jodoh dengan arwah abah. Rengit ni merupakan sempadan antara daerah Pontian dengan Batu Pahat. 


Ni kisah bulan Februari lepas tau. Singgah sini masa balik dari Muar yang Sk ceritakan DI SINI. Macam selalulah, Pak Inche suka ikut jalan kampung. Sk tanya KAWAN orang Parit Raja, tempat yang best untuk mengeteh. Dia cadangkan Sk ke PGRR.


Ni nak sebut Pisang Goreng atau Goreng Pisang, ek? Orang Johor (Johor Bahru) sebut, Goreng Pisang. Orang Rengit sebut Pisang Goreng, kot.. hehehe. Kalau belah-belah Rengit ke Batu Pahat ni ramai orang Jawa pior. Belah-belah Johor Bahru, ramai orang 'jawa murtad' katanya. Tapi, ibu Sk, orang banjar, hehehe. Eh, dekat belah-belah sini jugak, ramai orang Bugis. Ops, nak cerita pasal, PGRR ni,  pisang digoreng rangup yang bersepai bila digigit. Dihantar ke meja dah siap potong, makan cicah sambal kicap la, baru Joho.


Iman minta Pisang Goreng Cheese. Eh, ni ko sebut Pisang Goreng pulak ya Sk.


Ajak ngeteh, tapi mereka berdua minum ABC kot. Dia tak tahu punya nikmat hirup teh panas petang-petang di bawah pokok ceri, hihihi.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya ngeteh..lama x pi ngeteh..

    ReplyDelete
  2. kita confius kejap, itu sambal kicap ke cekelat???
    klu sambal kicap, cam pelik plak ditaburnya choc rice ngan cheesehehehe... tp klu hitam tu cekelat..ha ok la tp mana sambal kicap nya :p

    ReplyDelete
  3. sedapnya pisamg goreng rangup tu

    ReplyDelete
  4. Kak memang Kak, konpius kita, kadang orang ajak ngeteh, tapi minum cendol hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Kat Segamat tu ada pisang goreng, kadang goreng pisang. Sedap pisang goreng jenis rangup berderai macam ni. Tak Joho lah kalau tak makan dengan sambal kicap. Dok negeri lain pun kalau beli mesti tanya sambal kicap ada tak. hahaha...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!