BERBUKA 7 PUASA DI SANOOK KITCHEN AEON MALL TEBRAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum wbt

SEJAK minggu lepas, Iman beritahu nak berbuka dengan kawan-kawannya semasa dia bekerja sambilan sebagai juruwang di Petronas dulu, pada hari sabtu (semalam). Salah seorang dari grup mereka ni sedang melanjutkan pelajaran di Perak, yang akan pulang bercuti. Jadi, mereka ambil peluang untuk berbuka puasa bersama sementara kawannya tu ada di Johor.

Lepas hantar Iman ke destinasi yang dijanjikan untuk bertemu kawan-kawannya tu, mak bapak ni haruslah ber'dating'. Pak Inche ajak cari baju raya untuk Mak Inche (lagi?). Eh, sebenarnya bukan baju raya tapi baju lepas raya. Maklumlah, tahun ni kan dapat merentas negeri (insyaAllah). Kenalah bawa baju satu almari lebih sikit. Kesian agaknya tengok bini dok sarung baju sama. Biasalah kita ompompuan ni suka pakai baju tak payah gosok. Kalau rajin sikit, nampaklah lain sikit bajunya. Kalau hari malas, memang dok capai baju yang kat lipatan atas ajelah.. hahahaha.

Kami ke Aeon Tebrau sebab Sk nak cari pakaian Plus Size. Maklumlah, walaupun kita perasan kita dah kurus, tapi sebenarnya masih obes lagi. Jadi, Aeon aje yang ada jual pakaian untuk saiz macam Sk ni dengan harga yang berpatutan. Lagipun senang sebab dah tahu saiznya tapi kena juga ukur di badan sendiri sebelum beli, hihihi.

Lalu depan Sanook Kitchen, nampak menu digital terpampang depan restoran. Restoran ni rasanya sama tauke dengan Thai Ekspress sebab nampak ada pekerja yang pakai t-shirt Thai Ekspress. Konsepnya pun sama iaitu menyajikan makanan authentic Thai. Pinggan dia pun sama, bila baca balik post lama, hihi.Maafkan Sk jika salah.

Walaupun jam baru pukul 5, tapi hampir semua meja telah ditempah. Pak Inche yang asalnya mengajak berbuka di luar tetiba bersetuju pulak nak berbuka di Sanook Kitchen ni. Untuk tempahan meja, kena terus buat pesanan makanan dan bayaran di kaunter restoran.

Sementara menunggu waktu berbuka, jalan-jalan lagi dalam mall. Hurmmm.. nasib baiklah baru 9 haribulan. Kalau dah 20 haribulan.... yassalammmmm. Dalam pukul 6.30 ajak Pak Inche tunggu di restoran. Dah ramai jugak pelanggan lain yang dah masuk. Tengok atas meja dah terhidang tiga jenis lauk yang kami pesan. Kesian orang tu, cuma mampu pandang saja, hihihi.

Stir-Fried Beef with Kailan

Mango Salad

Red Tom Yum Seafood Soup

Meja pelanggan sebelah, Nampak dorang ambil Deep Fried Seabass.

Kami ambil Steamed Seabass with Lime. Ni tataw la betul kukus atau rebus, hahaha. Tapi, setahu Sk kalau restoran-restoran yang besar ni, memang ada ketuhar (nak panggil apa tataw) yang khas untuk mengukus.

Beberapa minit sebelum waktu berbuka, semua makanan dan minuman telah siap dihidang. Tetiba jer dah azan. Siakap tu sedap sos limaunya, jernih dan tidak manis, secukup rasa. Tak ditabur dengan bawang dan cili yang keterlaluan. Beef Kailan pun sedap, cuma daging dihiris kurang nipis, portionnya pun banyak untuk makan dua orang. Kerabu Mangga pun sedap, mangga tu dah setengah masak tapi tidaklah lembik atau memar. Kuah tomyum pun sedap, tidak rasa paste cuma isinya tak banyak, cuma ada dua ekor udang, sekeping dua isi ikan dan sotong.

Keseluruhannya tidak mengecewakan.. syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seronoknya berbuka kat luar...SA masih blom berpeluang berbuka kat luar..cuma berbuka kat rumah adik bongsu je...

    ReplyDelete
  2. Bukan makanan tu ja nampak sedap SK oiii...
    Baju PI tu pun saya nampak dah macam air sirap selasih🤣Puasa punya pasal

    ReplyDelete
  3. Macam makan di Hatyai & Bangkok ni!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!