MAKAN DI DER CABIN BISTRO LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt

LAMBAT betullah jarum jam bergerak hari ini. Hari tu, Naza ada mohon jam dinding baru untuk kegunaan dewan peperiksaan. Sementara belum ada yang nak periksa ni, kami gantung dulu dalam pejabat kami ni ha. Toleh-toleh, pukul 10. Toleh lagi, 10.20. Toleh lagi, 10.40. Nak menunggukan jarum pendek menghala ke nombor 11 tu, punyalah lama. Mata ni pulak kuyu aje, menguap tu jangan ceritalah, nampaknya esok kena jugak bancuh nescafe kaw-kaw, biar mata ni bulat sampai ke petang, hahaha.


Entri makan-makan ya, ampunnnnn. Kisah ni sebelum bulan Ramadhan. Rasanya sebelum bulan Syaaban lagi, hah.. berbulan sudah kisahnya, baru nak story mory. Macam ni la, bila dah jemu makan di rumah, kita cari kelainan hidangan di restoran. Malas nak bergerak jauh-jauh, kami ke Der Cabin Bistro Cawangan Taman Nusantara, Gelang Patah.

Sebagai pembuka selera yang memang sentiasa terbuka ni, Pak Inche pesan semangkuk Sup Cendawan yang didatangkan bersama seketul roti bawang putih. Sk pesan Onion Rings. Alamak, tengah menaip ni kecurlah pulak. Padan muka, sendiri cari pasal, kan.


Pak Inche nak makan Lamb Grill. Malam tu pulak hujan, memang sesuailah nak mengembik, hahaha. Selalu Pak Inche akan pesan fries extra, kali ni dah pesan awal-awal, jangan.. sebab kompom nanti selambak fries dia bagi.


Mula Sk pesan Tomyam Seafood Spaghetti, tapi sebab Iman pun nak makan makanan yang sama, Sk ambil menu lain. Masakan ni agak kering, macam mee goreng garing. Walaupun sedap, jadi kurang sedap sebab terlalu kering.


Creamy Chilli Garlic & Shrimp Pasta untuk SK. Sebenarnya lupa sudah nama sebenar menu ni. Suka sangat rasa sosnya yang berkrim dan sedikit pedas. Nanti nak belajar masak cara ni, Asyik ulang-ulang masak bolognese pun bosan juga walaupun Iman kata, tiada siapa boleh menandingi keenakan Spaghetti Bolognese Bonda, hehehe.


Lepas makan, sementara Pak Inche berurusan di kaunter, dua beranak jalan kaki menuju Family Mart. Nampak Ais Krim Musang King, terus ambil tiga ketul, pencuci mulutlah kononnya. Sedap la.. rasa durian atau perisa durian ek? Jujurnya Sk tak pandai membezakan adakah ianya benar-benar Musang King atau Tipah Tertipu Tertipu Tipah, huhuhu.

Der Cabin Bistro

PTD 6075, Jalan Nusaria 11/1, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor

Telefon 012 7946535


Waktu Operasi

 Setiap hari 4.30 petang hingga 12 malam

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mujur baca entry ni dah petang-petang haha...
    Selamat berpuasa buat SK sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Cantik la pulak kemeja T pak inche...

    ReplyDelete
  3. Salam singgah. Bulan lepas ada stay area situ, dah nak balik baru perasan ada Der Cabin ni. Kalau tak, dah menyinggah dah..

    ReplyDelete
  4. sedapnya tengok Creamy Chilli Garlic & Shrimp Pasta tu! Kalau menjadi resipinya, share dekat sini tau hehe

    ReplyDelete
  5. Aritu uyum makan eskrem musang king tu.. Perghhh bau satu kete menusuk lobang idung ku hahaha...

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan der Cabin sini.. Musang King tu sedapp... sy pun x sure musang king or doyan biasheee.. haahaa

    ReplyDelete
  7. adoiii...kenapa baca entry ni time ni erk...pening kepala bila perut berkeriuk ha...

    ReplyDelete
  8. Aiskrim musang king tu memang durian SK. Kami selalu beli, makan tak tau berhenti. Sedap!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!