NASI MINYAK KARI TULANG BERBUKA 8 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum wbt

MABUK jammed hari ni, dari rumah nak sampai ke pejabat yang biasanya dalam 40 minit, jadi satu jam lebih. Mujurlah tak mengantuk walaupun malam tadi pukul 1 baru dapat lelapkan mata. Jam 4.30, terus terjaga bila terdengar lagu Semarak Hati berkumandang, yang dijadikan bunyi alarm handphone.. hehehehe.


Menu berbuka puasa, Ahad, 8 Ramadhan 1443H, Nasi Minyak Kari Tulang. Pak Inche la, masa kitorang 'dating' tu, dia kata, esok (ahad), ada nak beli apa-apa tak, sebab dia nak ke pasar tani. Sk jawab, belilah apa-apa, tulang ke, daging ke.. Dan dia kata, kalau beli tulang, masak karilah sedap. Kann.. kalau makan dengan nasi minyak lagi kena, balas Sk. Haaa.. tulah yang terjadi menu ini untuk berbuka semalam.

Sk balik kerja, dua beranak tu tak ada rumah. Hurmmm.. pi pasar ramadhan la tu. Buka peti sejuk, nampak tulang dah siap cuci dan bawang dah siap kupas. Bolehlah kita terus bertukang. Halia, serai semuakan memang Sk dah siap kupas dan frozen, jadi tinggal rendam sekejap dalam air, dah boleh mula memasak. Tumis ramuan kari tulang dulu sebab nak masak sejam dalam pressure cooker. Sk set HP 50 kemudian lepaskan wap, masukkan kentang pula, set lagi HP 8 minit. Kalau terus masukkan kentang, nanti terus jadi mashed potato, hahaha. 


Berladung minyak, padahal dah kurangkan minyak masa menumis. Campur dengan lemak tulang tu, lagilah. Memang banyak sangat lemaknya, nak buang sayang, sebab tulah yang menyedapkan, hahaha. Agaknya, bergentel-gentel lemak membeku dalam perut, aaaaaaaaa... seram. Konon!

Resepi Kari Tulang

Bahan-bahan :

Tulang dan Daging Lembu anggaran sekilo lebih beratnya
2 biji bawang merah besar dihiris halus
5 ulas bawang putih dipecahkan
1" halia ditumbuk/ pecahkan
2 batang serai diketuk
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
5 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji kentang potong dua
2 biji tomato potong dua
2 keping asam gelugor
2 kiub pati lembu
sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara memasak :

1. Panaskan minyak masak, kemudian tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah besar, bawang putih, bunga cengkih, buah pelaga, halia, serai dan daun kari.

2. Kemudian masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit, tuang sedikit air. Kacau hingga terbit minyak sambil tambah air sedikit-sedikit.

3. Masukkan tulang lembu ke dalam periuk tekanan bersama bahan tumisan. Tambah air separas tulang, kacau rata. Set HP 50.

4. Bila selesai, lepaskan wap, buka periuk, masukkan kentang dan kiub pati lembu. Set HP 8.

5. Bila selesai, lepaskan wap. Set kepada 'stir fry'. Masukkan asam gelugor, tambah air sedikit, jangan cair sangat. Biar merenih sebentar.

6. Akhir sekali, masukkan tomato, boleh off periuk.



Lawan pulak dengan nasi minyak... ini baru Cinta Kolesterol. Sk jerang nasi pukul 6 lebih macam tu. Lepas tu, datang nak kacau, tengok belum mula mendidih pun lagi. Tinggal dulu. Datang lagi, tengok lampu periuk berkelip-kelip, pegang periuk, sejuk... laaaa... tak on rupanya 😝. Terus Pak Inche cakap, tuari bukan main lagi buat pesanan kat facebook, jangan lupa on periuk nasi. Adoi, kena  makan sumpahlah ni. Nasib baik masa tu baru pukul 6.30. Iman dah muka cuak takut nasi tak sempat masak.

Rebus telur tiga biji, bila dikopek semua melekat, geram betul! Nasib baik ada rasa telur lagi, hahahaha.

Resepi Nasi Minyak Mudah

Bahan-bahan :

2 sudu minyak sapi
1 bawang merah besar dihiris
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 cup susu cair
2 sudu kismis
3 cup air
4 cup beras cuci dan toskan, masuk dalam periuk nasi.
 1 helai daun pandan disimpul
1 tangkai daun sup

Cara memasak :

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumis bawang merah besar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga bersama daun pandan hingga wangi, kemudian masukkan kismis.

2. Tuangkan dalam periuk nasi, masukkan air dan susu cair. On periuk nasi, biar nasi kering. Bila nasi hampir kering, masukkan daun sup. Biar nasi kering seperti biasa.


Pak Inche beli Ayam Percik, 4 ketul RM15. Pandai dorang meniaga, semua bagi harga pakej supaya cepat habis. Iman kata, sedap ayam percik tu. Sk tak makan sebab rasa macam tak kena, lainlah kalau Ayam Masak Merah.


Acar Jelatah atau Acar Mentah. Ada juga panggil Pencuk Nenas, Pencuk Timun. Ini wajiblah supaya tak muak makan nasi minyak. Pak Inche beli nenas, dua biji. Dia kata, tu nenas MD2, jadi kena ambil dua biji, sabar ajelah. Padahal, memang dijual pakej dua biji satu harga terus.

Resepi Acar Jelatah

Setengah biji timun, dihiris
Setengah biji nenas dihiris
1 biji bawang merah dihiris
1 tangkai lada hidup dihiris
Sedikit garam
1 sudu cuka
1 sudu gula

Gaul semua bahan hingga mesra. Bolehlah dinikmati bersama nasi minyak dan kari tulang tadi.

Syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nak try juga kari tulang gitu laa.. biasa kari kambing je kita buat, padahal sama je ek hahahaha.. semalam kita buka sup gearbox hehehe

    ReplyDelete
  2. hahhaha adoi kak , nasib baik nasi sempat masak.. klu tak sian iman menunggu nasi nya tu :p

    ReplyDelete
  3. Tudia.... walaupun nama kari tulang tapi tak makan tulangnya! Tetap cari dagingnya. Berlenang-lenang kuah karinya!

    ReplyDelete
  4. Chop, nak pinjam resepi kari tulang ni SK..
    Dah plan esok nak masak kari daging boleh kot guna resepi ni kan...

    ReplyDelete
  5. Uiii..nampak sedap kari tulang tu.SK kalau masak kari kalah anak mami🤭

    ReplyDelete
  6. Kari tu amboi... Buat rasa nak la pulak.. Sedap tu makan dengan roti.

    ReplyDelete
  7. menarik betul menu tu..kari tulang...kalau SA memang masak dalam Noxxa la...x kuasa nak merebus tulang atas dapur...lama nak siapnya nanti....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!