Assalamualaikum wbt
Sambungan dari kisah BERCUTI KE IPOH SEBELUM PUASA. Memang sarapan ringkas sahaja pagi tu kerana bercadang hendak makan tengahari di Nasi Bamboo Sg Klah, Sungkai. Jarak perjalanan antara Ipoh ke Sungkai kurang sejam jika melalui lebuhraya, jadi kami check out pukul 11.30 pagi lebih kurang. Restoran ini terletak tak sampai 2 km dari persimpangan Sungkai, tapi sebaik menghampiri kawasan berkenaan, lengangnya lain macam.
Rupa-rupanya.. tutup daaaa.. patutlah lengang semacam. Kalau tidak, keluar jer persimpangan lampu isyarat tu dah boleh nampak kenderaan berderet-deret diparkir di tepi jalan. Sebenarnya, Sk dah menjangka jugak situasi ni memandangkan restoran tak beroperasi pada hari Jumaat. Sabtu, hanya sehari sebelum bulan puasa, macam tak berbaloi nak mengemas semula kalau lepas tu nak tutup kedai sebulan.
Jadi, plan B, sama ada makan di Tanjung Malim atau Warung Capati Brotherhood di Behrang. Sk beri cadangan, ambil makanan yang tidak begitu mengenyangkan kerana Iman nak makan nasi beriani lauk kambing di Restoran Mahbub, Bangsar (tak jumpa pulak post lama Mahbuuuubbbb ni, ke tak post?😆)
Perghhhh.. panjang kisahnya ek.
Jadi, perjalanan dari Sungkai ke Behrang diteruskan mengikut jalan lama. Risau jugak kalau Capati Brotherhood tutup jugak tapi dari jauh dah nampak kemeriahannya. Memang meriah sungguhlaaa sampai tak ada meja kosong. Hujan pulak renyai-renyai untuk mereka tambah meja di luar khemah. Hurmmm.. fikir-fikir, terus jer la ke Mahbubbbbb.
Yang dua beranak ni pulak, dok bincang pasal Restoran Daun Pisang sederet dengan Mahbub. Sk memang tak ingat restoran tu. Lepas tu, Pak Inche bagi cadangan, makan di restoran daun pisang lepas tu tapau nasi Mahbub, hohoho.
Oh, masa nak masuk tu, nampak orang bukan main ramai depan Mahbub. Mungkin tunggu meja la tu. Kami nak bungkus, konon makan kat hotel tapi tak jadi, dah kekenyangan makan nasi daun pisang, kan... Daun pisanglah sangat, hahahahaha. Dahlah mahal nak mam.. Ni lebih kayangan dari Mamak Kayangan.
Bala Bananas Leaf tu memang nak mati uiii....sebab tu x berapa ramai berbanding Mahbub..tapi tu la..Mahbub memang sentiasa penuh...sanggup beli online and delivery walau bayar deliery mahal dari nasi yang dimakan...sesekali je dapat makan dine in kat Mahbub...
ReplyDeleteKita pun teringin nasi bamboo tu Kak, nampak orang makan sedap kemain.. nanti nak singgah gak laa hujung bulan ni...
ReplyDeleteKami juga belum rezeki nak makan nasi bambu tu..
ReplyDeleteMahal namatey(pinjam ayat SKðŸ¤) kat Bala tu yer
Woooo... peha ayam seketul RM10? Mak aaaiiii....
ReplyDelete