Assalamualaikum wbt
HARI kedua puasa.. sahur apo? Bukan.. bukan sahur pizza. Pizza ni makan masa kat Ipoh hari tu. Pagi ni, kami anak beranak makan roti dua keping seorang dengan telur hancur jer. Bancuh teh o panas seorang secawan dah. Pak Inche masih bercuti sebab cuti ganti Awal Ramadhan yang jatuh pada hari ahad (semalam). Sk terpaksalah masuk pejabat. Sepanjang Ramadhan ini, waktu pulang ialah jam 3.30 petang dan setengah jam awal pada hari Khamis, yabadabadooooo!
Dah beberapa kali nak makan Miker Pizza ni setiap kali ke Ipoh. Tapi, seringkali membatalkan niat kerana tahu sajalah kalau dah ke sini, makan itu makan ini, perut pun dah tak mampu menampung. Jangan kata perut, nak buka mulut pun tak larat. Kali ni, kami tapau jer, balik hotel, mandi, dah tak payah keluar cari makan dah.
Belakang kami, penuh dengan kotak pizza menutupi ruang dinding lebih dua meter. Cantik kotak pizza Miker ni, dengan warna kuning menyerlah.
Tak ada menu lain selain pizza. Pesanan dibuat di kaunter dan diberikan gajet sementara menunggu. Bila pizza siap, gajet akan berbunyi. Piring kertas dan sos di sediakan di sudut dinding tepi kaunter, boleh ambil ikut keperluan kita.
Kena pi Ipoh la plak...hehehe..nanti kalau sesat kat sana leh google and sure entry SK akan banyak bagi opinion nak makan kat mana kan...
ReplyDelete