Assalamualaikum wbt
DAH lama cari kedai yang jual Capati dengan Keema, tak kisahlah Keema Daging atau Keema Kambing. Hari tu, hari yang berbuka Sotong Paprik Sos Labu tu, kan Pak Inche beli Sup Mamak, dia ada juga beli Capati dengan Keema, untuk morehlah gitu kononnya. Sebab tu la Sk kata, bulan puasa ni macam susah nak jaga makan sebab dari lepas berbuka sampai hampir tengah malam, asyik makan aje kerjanya. Dah tidur nanti, barulah berhenti makan, hurmmm.
Mula ingatkan Keema Kambing, rupanya Keema Daging (Lembu). Pak Inche beli di gerai Pakistan, tak silap la.. ke mamak? Ah, malas nak tanya balik, hihi. Lokasinya di medan selera /street food sebelah City Square. Sk pun tak pastilah lokasi sebenar, tapi jika dari apa yang diberitahu, kat situlah tempatnya. Tapak niaga ni asalnya peniaga dari medan selera Sungai Segget yang dipindahkan sejak Sungai Segget nak dinaiktaraf berbelas-belas tahun lepas.
Dah pukul 10 malam, tapi masih ada rasa suam-suam lagi bungkusan capati ni. Sk tetap jugaklah panaskan keema dan capati. Makan panas-panas lebih sedap. Memang sedap, lain kali boleh beli lagi.
Satu set capati, RM5 sahaja, ada sebungkus keema dan dua keping capati. Iman yang tak suka capati pun, boleh makan bersuap-suap. Kalau ikutkan, senang aje nak buat capati ni kan. Tepung pun ada jual yang ready made. Tapi, tulahhh.. M nya besar kemahen, hahahaha.. hahahaha.
Selamat berbuka puasa
ReplyDeleteSangat menyelerakan. Lama tak makan capati.
ReplyDeleteeh cantek nya rupa keema dia ...
ReplyDeleteSK... kita pernah makan keema kerbau di Nepal. Belum pernah lagi makan keema kambing atau keema lembu. Kena cari resipi keema....
ReplyDeletePuas hati ni.
ReplyDeleteTeringat capati dan keema dekat area masjid jamek KL. Sedap sangat keema kedai Pakcik Pakistan tu. Capati dia pun sedap
ReplyDelete