Assalamualaikum wbt
MAYBANK buat hal, semalam, kan. Tak tahulah mula pukul berapa dia buat perangai, tapi pagi tu, dalam pukul 9, Sk sempat buat pindahan wang untuk bayar duit tempeyek, hehehehe. Lepas tu, baru perasan, kawan post di fb tentang kekecohan yang melanda pengguna maybank, bila mana baki dalam akaun.. kosong perpuluhan kosong kosong. Mahunya tak panik, lagi-lagi kalau baru dapat duit kwsp yang masuk dalam maybank. Malah, khabarnya, bank-bank lain pun bermasalah untuk di login. Sk sendiri gagal nak masuk ke akaun Bank Islam. Sajalah nak check duit adsense dah masuk ke belum, huhu. Boleh jugak tambah-tambah pinggan raya, kahhhh.
Disebabkan dah berjanji dengan Iman, nak ke JPO, Sk rancang untuk berbuka terus di sana. Sebelum berbuka, nak la shopping sikit, takutlah ada masalah kalau bayar guna kad, kan.. jadi, pergilah ATM dulu. Tup-tup, selepas masukkan jumlah wang, kad dah keluar, sistem ATM tu balik ke asal. Apoo... duitnya tak keluar pun 😱😭. Terus buka M2U, nasiblah dah boleh buka semula dan semak baki akaun.. aaaa.. duit dah luak!
Tanya dengan pengawal keselamatan bertugas, rupa-rupanya, ramai yang dah terkena hari tu. Dia kata, nanti dalam setengah jam, duit akan masuk balik dalam akaun. Kalau tak masuk, telefon nombor hotline yang tertera belakang kad. Iman tanya, kalau telefon sekarang, boleh tak? Boleh juga, jawabnya. Bila Sk telefon, semua operator sedang sibuk, kena cuba lagi nanti. Hurmm.. ajak Iman pergi tempah makanan dan meja dulu di The Chicken Rice Shop (TCRS). Sekali dah penuhhhh, tengok jam, baru pukul 5. Buntu terus, duduk dekat bangku sambil cari nyawa. Dalam lima minit kemudian, buka lagi M2U, lega.. dah masuk balik duit yang keluar tuuu.. syukurrrrrr.
Nasib sedap erk...apapun nampak semua yang diorder tu menwan kalbuku..
ReplyDelete