ASAM PEDAS HAJJAH MONA BERBUKA 26 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum wbt

BEBERAPA kali Pak Inche asyik bertanya, semasa perjalanan semalam, lokasi untuk berbuka puasa. Nak makan ikan bakar atau asam pedas? Eh eh.. dia nak ajak masuk Melaka, pulak. Sk ni, kalau boleh, nak jalan terus aje. Berbuka dahulu dengan bekalan roti yang Sk beli siap-siap dari kedai runcit, kemudian singgah mana-mana R&R untuk makan malam. 

Dalam jam 6.30, masa tu kami menghampiri Air Bemban, barulah kepala ni mula berfikir dengan cadangan Pak Inche. Jadi, Sk yang sedang memandu, menyuruh Pak Inche google nombor telefon Asam Pedas Hajjah Mona untuk tempah meja. Karang penuh, melopong tunggu orang makan. Kebetulan pulak, dah nak sampai kawasan rehat Air Bemban, jadi Sk pas stering pada Pak Inche dan sambung cakap dalam telefon dengan staf Hajjah Mona yang meminta kami terus membuat tempahan makanan dan minuman. Begitu begini, kami berbuka dahulu dalam kereta kerana telah masuk waktu maghrib sebelum sampai ke destinasi.


Asam pedas dah siap terhidang semasa kami sampai. Cuma minuman dan nasi sahaja yang belum diletakkan. Bila kami dah duduk, baru pekerja menceduk nasi dan menghantar ke meja. Sk pesan dua set Asam Pedas Tetel dan satu set Asam Pedas Telur Ikan. Ni gara-gara sebelum puasa hari tu, Kak Azlina Hashim, salah seorang silent reader Alam Sari, hantar gambar makan Asam Pedas Telur Ikan di Hajjah Mona ni pada Sk. Tu yang asyiklah teringat-ingat, hahahaha.


Ada orang, heheheh. Tapi masih ada beberapa meja kosong lagi.


Asam Pedas Telur Ikan. Banyak betul semangkuk tu, puaslah makan sebab orang dua beranak tu tak makan telur ikan. 


Satu set asam pedas datang bersama nasi putih, taugeh, sambal belacan dan telur masin. Kami minta sepiring sayur tambah.


Tiga jenis telur dalam pinggan Sk. Telur ikan, telur ayam dan telur itik, hehehehe. Rasanya ni telur ikan tenggiri. Maaf, jika salah kenal, hahahaha.

Syukur Alhamdulillah.




Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Patutnya dia tulis : Ada orang, ada faham? hehehehe

    ReplyDelete
  2. Aaa.sedapnya asam pedas Melaka. Teringat ingat kesedapan asam pedas melaka haritu.

    ReplyDelete
  3. Betul la tu telur ikan tenggiri...sedapnya...okey jangan SA plak teringat2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!