SAHUR 7 PUASA DI RESTORAN THOUFEEQ

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum wbt

KALAU bukan bulan puasa, entah ke manalah agaknya semalam, program meronggeng bersama Iman. Pak Inche pulak minta masakkan Sambal Daging. Terlanjur dah masakkan makanan kegemaran dia, kita masaklah makanan kegemaran kita. Tapi, yang tu nanti kita cerita, yang ni cerita pasal sahur pagi tadi dulu, hehehe.


Kali ini Iman dah janji akan ikut sahur sekali. Dia kata, kalau perut meragam, terus bawa pinggan balik rumah, esok pulang, hahaha. Restoran ni belakang rumah Sk jer tapi walau namanya belakang, jauh jugak untuk remaja purba ni berjalan kaki, hahahaha. 


Sk dan Iman makan roti telur, Pak Inche makan tosei. Tosei Pak Inche belum sampai lagi. Meriah sikit di Thoufeeq ni daripada Bismi, mungkin kerana lokasinya betul-betul dalam taman perumahan. Memang ada yang datang jalan kaki pun. Thoufeeq dan Bismi ni tauke sama, Thoufeeq diuruskan anaknya.

Mula nak makan mee goreng tapi dengar Iman sebut roti telur, eh, nak pesan yang sama lah. Ada dhal, sambal dan kari ayam, minum pulak milo panas. Hurmmm.. dah seminggu puasa diet ke laut. Dua hari jer makan roti wholemeal lepas tu ke lauttttt!

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ni kena bersiap-siaplah dulu sebelum melangkah kaki ke restoran untuk sahur ye SK.

    ReplyDelete
  2. Ish...kimia tak menjadi kali ni..
    Pagi semalam kita pun plan nak sahur kat luar.Dah plan nak makan naan kalau ada.Sekali kejut bebudak tu pukul 4.30 pagi..hujan pula..Sahurlah nasi goreng kat rumah.huhuju

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!