Assalamualaikum wbt
MAKA bermulalah episod balik kampung sempena Aidilfitri 1443H. Dah dua tahun tak balik kampung, kan. Haihhh.. pentipu sangat ko Sk dah dua tahun tak balik 😅. Iolah, dah dua tahun tak balik kampung beraya sebab tak boleh merentas negeri, katanya. Hurmmm.. kali ni, raya kami anak beranak lain sikit. Dalam gambar tu, baru luggage Iman saja tau. Tu belum lagi backpack dan beg mekap dia. Bapak ngan maknya jer pun tiga luggage. Jenuh nak menyusun semua luggage dalam boot.. rasa nak pitam dibuatnya.
Macam selalu, kalau nak balik kampung Pak Inche, Sk la yang melebih-lebih ambil cuti. Sebabnya, kena uruskan banyak hal di rumah, barulah yakin nak tinggalkan anak-anak bulus tu. Kali ni, jamban dia aje buat 7 buah. Setakat ni paling lama tinggalkan mereka 4 hari dengan 5 jamban. Penuhhhh hasil. Harap 7 jamban ni cukuplahhh.. Depan mata Sk pun mereka ni suka buat muka komplen kalau lambat bersihkan. Jangan tataw, ada dua ekor yang suka jadi QC, check satu-satu tong dah bersih ke belum 🤣
Perjalanan pun lancar semalam, tak sangka pulak, tak jumpa jem walaupun dah bawa banyak roti, hahahah. Cuma selepas keluar Plaza Tol Senai (U) tu pergerakan agak perlahan sikit, tapi lepas tu terus lancar walaupun terpaksa berbuka puasa dalam kereta dengan air sirap dan sesuap kek keju sahaja sebab sangkut jem dalam bandaraya bersejarah ðŸ¤
Beli roti-roti ni, persediaan untuk berbuka puasa jika tersangkut dengan kesesakan di lebuhraya. Disebabkan tak dimakan masa berbuka, jadi kita bawa dia untuk bersahur. Malas pulak nak cari makan sahur di kedai pagi ni.
Macam selalu la, kalau ke utara, kami akan transit di B&L Hotel, Bidor. Dulu-dulu, memang terror la gerak dari JB awal malam dan sampai kampung awal subuh dengan Pak Inche memandu seorang tapi kali ni nampaknya dia dah ambil alih jawatan co-pilot dari Sk. Sk pun agaknya dah dapat qadho tidur semalam, jadi gagahlah memandu dari Senawang (kot) sampai Bidor. Haaa.. dari Simpang Renggam sampai Melaka pun Sk tapau. Pak Inchenya macam tu la kalau ikut highway. Ko tengok esok pagi bila dia ikut jalan kampung 😆
wah semoga selamat perjalanan balik kampung nya tu kak heehehe....
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri kak seri
ReplyDeletehati hati yer kak.. semoga selamat sampai ke destinasi .
ReplyDeleteSelamat pergi dan pulang ya Kak.. kus semangat sampai 7 bekas jamban hahahaha
ReplyDeleteBanyak sediakan roti tak ada jem pulak ye. Syukur perjalanan lancar. Okay jugak tu berehat sebentar check in.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSeronok tgok orang kampung jauh2 ni...dulu pernah bercita2 nak ada suami kampung jauh2 nun di utara ke memana la...sudahnya..x payahhhh...x sanggup daku nak nempuh jammed...
ReplyDelete