LAICIKANG KING'S PADU

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

TERINGAT pulak masa kecik-kecik dulu, selalu orang tua kata, tak boleh cakap lapar atau haus, nanti batal puasa. Jadi, kalau rasa lapar atau haus, cuma simpan dalam hati, tak berani nak sebut, takut dosa. Budak kecik masih suci jiwa, paling takut dengan dosa sebab nak masuk syurga.

Dah namapun puasa itu adalah menahan diri dari lapar dan dahaga. Bila dahaga, semua air minuman nampak sedap-sedap belaka. Benda yang tak ada kena mengena dengan minuman pun buat kita telan ailio. Contoh, tengok orang pakai baju merah nampak macam Sirap Ais, hihihi.


Hari tu lalu di wall group penduduk taman, Gerai Minuman Laicikang King's Padu, namanya.. menjual Laicikang. Dahlah hari tu panas, terus terbayang sejuknya tekak menyudu laicikang. Gerai di hadapan 7E Bandar Baru Kangkar Pulai sederet dengan Pejabat Pos Malaysia (takkan Pejabat Pos Bangladesh pulak, Sk oi).

Laicikang bukan ikat tengah apatah lagi tepi. Ia dijual dalam mangkuk, nak berbuka puasa nanti senang dah tak payah tuang-tuang. Terdapat dua pilihan saiz mangkuk Laicikang, kecil RM5, besar RM8. Haruslahhhh Sk ambil yang besar, ukur baju di badan sendiri la gituuuuh... 😂


Laicikang 13 bahan. Masa nak beli tu, hampir semua bahan telah siap-siap  dimasukkan ke dalam bekas-bekas. Bila pelanggan buat pesanan, baru mereka tambahkan kekacang, air gula dan ais batu penuh-penuh. Menjelang waktu berbuka, cairlah ais batu tadi. 

Sk rekomen la untuk peminat Laicikang. Sk ulang lagi lokasinya, depan 7E Bandar Baru Kangkar Pulai sederet dengan Pejabat Pos. Ambil yang besar tau, berbaloi-baloi. Sk kongsi tiga beranak, dua hari baru habis, hihihihi.

Selamat menyejukkan tekak.
😍

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya laicikang....minuman penuh khasiat ni...Saya suka kalau ada biji tertai dalam tu

    ReplyDelete
  2. x jumpa lg laicikang thn ni... sbb x jenguk bazaar lg... nk singgah yg org jual tepi jalan pun malas sbb jem sana sini

    ReplyDelete
  3. Kalau SA suka yang panas sebab x minum ais..hehehe....

    ReplyDelete
  4. Tak boleh tengok orang jual air, auto telan ailio. hahahahaha...Berbaloi beli bekas besar ada 13 bahan pulak tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!