Assalamualaikum wbt
TAK sabar rasanya kali ini menunggu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh bermulanya 1 Syawal 1443H. Walaupun sebelum ini kita sedia maklum, Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Selasa, namun berlaku satu kekeliruan apabila beberapa kalendar termasuklah google search menyatakan Aidilfitri jatuh pada hari Isnin. Mungkin kekeliruan ini berlaku kerana ada beberapa negara lain yang menyambut 1 Ramadhan sehari awal dari kita di Malaysia. Kita nantikan sajalah sama ada kelihatan atau tidaknya anak bulan di beberapa tempat yang ditetapkan di seluruh Malaysia. Nampak tak nampak, kita pasti akan tetap beraya pada 1 Syawal, hehehe.
Ya allah...kita ni dah la tengah craving ayam percik..nampak plak ha...aduyaiii...mana pak nak cari ayam percik...
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat jugak nasi kerabunya. Lahh tutup kedai shopping raya rupanya. Nampaknya kena beli yang special baru ada rupa nasi ambeng ye.
ReplyDelete