Assalamualaikum wbt
SEPANJANG malam hingga awal pagi tadi, Pak Inche terlibat dengan Program Singgah Sahur. Sepanjang malam jugaklah Sk tidur tak sedarkan diri, hahaha. Terdengar bunyi alarm, Pak Inche tak balik lagi. Tengah-tengah sediakan sahur, terdengar ketukan pintu depan, baru balik Pak Inche. Banyak tempat singgah, katanya. Sk pun malas nak menanya lebih-lebih 😂
Disebabkan Pak Inche dah bersahur sekali masa program tu, Sk sahur berdua sahaja dengan Iman. Hari ke 11 berpuasa Ramadhan 1443H/ 2022, Sk sediakan menu barat tapi tak ada salad. Ada kacang pea dalam tin aje dengan tomato.
Susah nak jumpa kacang pea yang warnanya hijau muda sekarang. Banyak yang hijau pucat atau lebam. Yang ni pinggan Sk, suka kuning telur setengah masak aje macam tu. Sosej dah defrost dari malam tadi, senang, celik bijik mata boleh terus campak masuk kuali 😜
Untuk Iman kena bagi kuning telur tu masak sepenuhnya. Dia macam Cikwa dia la, tak makan kuning telur lembik. Padahal yang lembik tu la sedap. Iman kata, kalau telur rebus, dia suka yang sampai biru keliling kuning telur tu. Yang itu tak elok, zat semua dah meresap, Sk baca kat mana tah, lupa.. hehehe.
Pak Inche bawa balik cenderahati dari KPJ. Rasanya dapat ni masa Program Singgah Sahur tu la. Sebab masa balik kerja semalam, tak ada. Dalam mangkuk biru tu, sosej lebih seketul, heheh.
Isi dalam kotak, sebiji kek minyak marble. Sebab waktu imsak lambat lagi, sempatlah mengekek sambil mengopi. Sedap, gebu dan lembab keknya. Makan tak minum air pun tak la ada rasa nak terbekik, hehehe.
Iman dah dok tanya hari ni bonda nak masak apa untuk berbuka. Dia dah bosan buka kat rumah la tuuu.
aik...kenyang ye SK makan sahur macam ni...kalau SA dan Dania celah gigi je ni..sure kena double..tapi betul gak..time sahur kurang selera...tapi anak dara SA tu berselera aje..makan bertambah...pelik tul...
ReplyDeletesaya tahun ni puasa.... baik berbuka, baik sahur makan nasi... alahaaiii konpom raya berat membah je ni hhahaha
ReplyDeletePagi tadi kita sahur mcD Kak hahaha.. rajin nau Laki ajak keluar pi drive thru, layankan ajaa.. nampak sedap kek ituuuu
ReplyDeleteBaru nak tanya tu kacang apa...hihihi
ReplyDeleteNaper ek warna dia lebam..Kalau guna kacang edamame pun sedap gak kan..Minggu depan nak sahur ni la..hihihi
sy kalau sahur minum air je.. lebih kpd serve si hero kecil 3 org je.. kalau dibuat western mcm ni kompom si hero kecil sy tanya kita x mkn nasi ke bu? hahahaha
ReplyDeleteKacang pea tu ikut jenama kot. Kadang saya beli pun dapat warna pucat, kadang warna hijau pula.
ReplyDeleteBersahur menu barat okay jugak. Nak siapkan pun cepat. Bagus jugak tu awal awal dah defrost. kalau baru keluar dari peti ais. Jenuh nak tunggu, situ je dah buang masa. Kalau telur masak ni panggil telur terbalik sebab kena terbalikkan nak bagi masak. hehe...
ReplyDelete