Assalamualaikum wbt
SEORANG kawan sepejabat hantar pertanyaan di whatsapp group, "Kat mana ya, ada hotel 4 atau 5 bintang yang dekat dengan bazar Ramadhan, di Johor Bahru?" Sk terus mencadangkan, Pulai Springs Resort. Kalau stay di sini, dah tak payah ke bazar. Apa tidaknya, kini, di Pulai Springs Resort, anda boleh berbuka puasa dengan suasana tak ubah seperti bazar Ramadhan, macam-macam ado dan sangat berbaloi. Kalau ke bazar, kita kena tapau, balik rumah, buka bungkusan, hidang sendiri, tapi di Pulai Springs Resort Bufet ala Bazar 28 Hari, tinggal cedok aje, tuan. Bufet Ala Bazar ini menawarkan lebih 150 juadah masakan tempatan dan antarabangsa bermula 4 April sehingga 1 Mei 2022.
Menu-menu signature / istimewa chef termasuklah 𝐊𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐛𝐢𝐧𝐠 𝟐𝟖 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐥𝐚 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐢, 𝐑𝐮𝐬𝐮𝐤 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐮 𝐌𝐚𝐬𝐚𝐤 𝐇𝐢𝐭𝐚𝐦, 𝐌𝐞𝐞 𝐊𝐨𝐥𝐨𝐤 𝐚𝐥𝐚 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐞𝐚𝐟𝐨𝐨𝐝 𝐂𝐞𝐥𝐨𝐩 𝐓𝐞𝐩𝐨𝐧𝐠, 𝐒𝐨𝐩 𝐏𝐨𝐰𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐚𝐡, 𝐒𝐨𝐩 𝐓𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐡, 𝐀𝐬𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐝𝐚𝐬 𝐈𝐤𝐚𝐧, 𝐒𝐚𝐭𝐚𝐲 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐢, 𝐊𝐚𝐦𝐛𝐢𝐧𝐠 𝐆𝐨𝐥𝐞𝐤, 𝐁𝐁𝐐, 𝐨𝐝𝐞𝐧-𝐨𝐝𝐞𝐧 & banyak lagi! Cuba sekali, mesti datang lagi!
Ada orang, sebulan puasa, sekurang-kurangnya sekali, nak berbuka dengan Nasi Arab. Anda yang macam tu, memang tak rugilah datang ke bufet ini yang menawarkan masakan timur tengah yang lazai dengan pilihan lauk yang berginzai.. yihhhh!
Ada pulak yang tak sahlah kalau tak berbuka dengan nasi putih, kan. Haaa.. memang rambang mata la nak pilih lauk. Ah, tak payah pilih, ambik jer semua. Kalau tak cukup besar pinggan tu, ambik pinggan lain, tak ada siapa yang nak marah.
Yang tekak minah saleh macam SK ni, bolehlah memilih rangkaian pasta untuk dimasak bersama sos citarasa anda. Nak makan, baru chef masakkan. Makan panas-panas, sedap.
Pasta memang sesuai dinikmati bersama masakan barbeku. Ada kambing golek, tandoori chicken, honey chicken, teriyaki sausage dan beef slice dengan ramuan perapan yang istimewa dihidangkan bersama sos pencicah.
Nikmati juga Sup Power Chef kegemaran anda iaitu Sup Tulang Merah atau Sup Gear Box yang dihidangkan bersama Roti Perancis dan Sambal Kicap.
Favourite Pak Inche, Nasi Lemak Daun Pisang. Udang dan Ketam Celup tepung pun ada tau.
Dah nama pun bazar, mesti ada murtabak. Dekat sini tak payah beratur 3 kilometer nak ambik murtabak.. hehehe.
Makanlah otak-otak tu puas-puas. Ambik sendiri tau, tak ada orang hantar bakul kat meja, hihi.
Pak Inche dengan Iman dari awal dah plan nak makan Nasi Ayam. Ada dua pilihan sama ada Nasi Ayam Hainan atau Nasi Ayam Panggang.
Iman makan Mee Kolok Sarawak ni, sedap dia kata. Sk cuba, memang sedap. Terus suruh Iman ambik lain. Tu yang dia ambik nasi ayam pulak, pun sedap.
Sate Pulai.. dua pilihan sama ada ayam atau lembu berserta nasi impit dan kuah kacang.
Sk ni sebenarnya teringat-ingat tahun lepas, semasa berbuka di Pulai Springs ni, terlupa nak makan makanan raya. Jadi, kali ni, ambik dan makan makanan raya dulu, hahaha.
Nasi impit, ketupat palas, lemang, rendang ayam kampung, rendang daging, serunding kelapa, serunding ayam dan serunding daging serta kuah lodeh. Eh, udang pun ko letak sekali, eh.
Asam Pedas ala Pulai dengan pilihan ikan segar serta Kari Udang. Kedua-dua ni dimasak live depan kita tau.
Aneka pilihan pencuci mulut seperti ABC, cendol, potongan buah, aneka jenis kek, puding, dodol, wajik, jeli, chocolate fountain dan minuman popular Klebang, Melaka iaitu Coconut Shake.
Ada juga serawa durian untuk dinikmati bersama pulut, pengat pisang, goreng pisang, cempedak, keledek dan keladi serta minuman istimewa seperti teh ais Dhaka, katira, teh tarik dan nescafe.
Memang tak rugi datang berbuka di sini. Jom sedut coconut shake dengan Iman.
Aksi dua beranak.. Anda rasa Sk sempat ke nak pening kepala?
Peminat Patin Tempoyak la katakan, kalau tak dapat, takut malam susah nak tidur, hehehe.
Bagi penggemar ulam-ulaman, bufet ini turut menyajikan pelbagai jenis kerabu dan ulam-ulaman kampung yang dihidangkan dengan pelbagai jenis sambal.
Dah ambil patin tempoyak, haruslah makan dengan nasi dan ulam. Ada terung bakar dan bendi celur, cicah pulak dengan sambal belacan. Butter chicken tu sesuai pulak digandingkan sekali.
fuhhh puas hati betul makan dekat sini. Sedapnya tengok semua menu dia siap ada paten tempoyak
ReplyDeleteMeriahnya menu
ReplyDeleteMeriahnya!
ReplyDeleteMemandang gambar saja pun macam tak cukup dua mata saya ni SK!
Apalagi kalau di situ, tak tahu mana satu nak terkam dulu. Semuanya menggoda selera!
seronok betul la style begini. Meriah ajaa.. memang terduduk terus ni lepas berbuka. Haha
ReplyDeleteMak aii.. boleh rambang mata dibuatnya..
ReplyDeleteYa allah...rindunya nak pi buffet2 macam ni...dah 3 tahun dah x pi mana- mana review buffet Ramadhan...nak pindah Johor la join SK...hahahaha
ReplyDeleteTahun ni belum ada rezeki nak berbuka di sini, mesti meriah kan Kak.. nanti laa nak juga buka di sini, ajak adik-adik semua...
ReplyDelete