Assalamualaikum...
ESOK bos bagi cuti! Terdengar jeritan teruja Iman dari belakang, semasa dalam perjalanan balik dari Penang.
Hah??
Esok, tak yah datang, kata bos. Beritahu Iman lagi. Macam percaya tak percaya, Iman tanya bos yang satu lagi. Bos yang bagi tahu cuti tu, big bos. Bos yang satu lagi, yang kirim belacan Tanjung Dawai, hehehe.
Bila pasti Iman cuti, Sk mengajak Pak Inche singgah mana-mana hotel bajet untuk bermalam. Dah tak larat rasanya nak menempuh beberapa jam lagi perjalanan. Pak Inche kata, boleh lagi. Dia boleh memandu sampai Melaka, Muar. Nanti cari hotel kat sana. Huh! Jauh lagi tu nak sampai Muar. Tentu-tentu nak masuk Melaka, jem!
Jom kita pergi makan kat seafood Tanjung Malim tu, ajak Pak Inche. Tahulah, dia nak makan di Garden Seafood, tu. Lama tak makan sana, katanya.
Tauhu Homemade yang dimasak dengan sos tiram dan isi ayam cincang. Kalau di
Restoran Yeo Sekeluarga, ada cendawan dan udang juga telur yang dihidangkan dalam pinggan panas. Di
Seafood Garden ni, dia guna pinggan hidang biasa jer tapi tetap sedap.
Chicken Lemon.. yang ni macam biasalah, wajib pesan untuk Iman. Bapak Iman pun suka jugak. Sos lemonnya sedap seperti selalu.
Sotong Masak Madu. Kebanyakan seafood restaurant menggunakan baby sotong tapi di sini mereka guna sotong besar. Tapi tu la.. kepala sotong aje yang besar, badan sotong berapa keping aje.
Sotong Telur Masin.. ni pun wajib dipesan. Pun banyak kepala sotong dari badan sotong. Dahlah sedap, sikit pulak, terus rasa tak cukup, hahaha.
Baby Kailan.. tapi macam kubis ek. Masa mula-mula diletak, ingatkan salah sayur, rupanya betullah baby kailan. Belek-belek post lama GS, memang baby kailannya warna cerah-cerah macam ni. Nampak sos tiram tu dia siram sikit-sikit dan tak dimasak sekali bersama sayur.
Kali ni tak ambil ikan sebab nak cepat makan dan nak cepat bergerak balik. Trauma sebenarnya nak sewa hotel bajet di Tanjung Malim ni, hihi. Pak Inche memandu dari Tanjung Malim sampailah nak hampir ke Sungai Buloh tu nampak dia macam dah tak tekan minyak. Lain macam aje cara dia bawa tu.Sabar ajelah.. boleh sampai Muar konon!
Todia...3 Tanjung depa singgah..
ReplyDeleteTanjung Dawai
Mami Tanjung ðŸ¤
Tanjung Malim..
haah lerr nampak macam kobis ekkk..
ReplyDeleteChicken lemon? Yg ni uncle belum cuba....
ReplyDeletecantik cantik gambar makanan akak... akak guna setting camne.? saya kalau ambik gambar makanan kelabu lah, gegar lah, gelap sebelah lah, flashy lah..grrrr
ReplyDeleteeloklah singgah sebentar menjamu selera. Tapi itulah penangan lepas makan jadi makin tak larat pulak kan.
ReplyDeleteSedap sedap pilihan menu sekeluarga.