MAKAN DI SARJAN LOK LOK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamulaikum...

MENGHABISKAN sisa petang anak-beranak, Sabtu lepas, kami ke Sarjan Lok Lok yang terletak di Taman Sutera Utama. Iman kata, dah lama teringin nak makan Lok Lok di situ. Bagi yang tak tahu apakebenda Lok Lok tu, ianya sama la macam Yong Taufu jugak, cuma ia dicucuk pada lidi kemudian di goreng. 


Makan Lok Lok ni gaya hidup remaja masa kini. Tapi remaja ni, patutnya keluarlah makan dengan kawan remaja dia kan. Untunglah Iman ada kawan remaja purbakala yang sanggup nak join makan Lok Lok.


Satu cucuk RM1 sahaja. Pilih pilih pilih.


Yang di bahagian atas ni RM3 secucuk.


Ingatkan apo.. rupanya petai laaaa.


Pilih punya pilih....


Semua sekali 16 cucuk. Kami pilih yang seringgit secucuk aje.


Anak bapak BFF. Iman kata, Lok Lok kat B5 Street Market lagi sedap dan banyak pilihan. Dekat sini semua macam sama aje.


Dekat sini makanan murah tapi minuman mahal. Walaupun begitu, minumannya sangat sedapppp.


Sk minum mineral water aje, maklumlah.. jaga badan kesihatan.

SARJAN LOK LOK & BUBBLE TEA

21, Jalan Sutera Tanjung 8/2, 
Taman Sutera Utama, 
81300 Skudai, Johor

Sebelah Public Bank
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ooo gitu cerita lok lok rupanya. Memang comel cucuk-cucuk tu. Senang nak ambil senang nak kira. Tak amik petai cucuk ye SK.

    ReplyDelete
  2. Petai tu kalau ada sambal dia, pheww terangkat jugak. Sempoi je. Boleh singgah lain kali ke mari hehe

    ReplyDelete
  3. Baru nak tanya Lok lok tu apa... Nasib baik masih ingat "Membaca Amalan Mulia" hihihi
    Unik la petai cucuk macam tu.Boleh jadi idea orang berniaga nasi campur kalau sambal petai cucuk macam tu senang nak kira..hihihihi

    ReplyDelete
  4. Baru tahu namanya lok lok. Ini kalau tak sedar boleh jadi ambil banyak. Semuanya nampak macam nak. Tapi petai tu rare lah..Pelik pulak ada petai jugak. hihi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!