MENGETEH DI SKUDAI, MENGOPI DI KANGKAR PULAI

 Assalamualaikum...

JANJINYA hari ini, nak masak Nasi Lemak Sambal Udang untuk makan malam. Iman pulak kena masuk pejabat. Lepas sarapan Lempeng Kelapa, Sk melipat kain baju sebakul. Dalam mesin pengering, ada kain baju yang belum dikeluarkan. Dalam mesin basuh, ada kain baju yang sedang berputar πŸ˜‚. Sambil-sambil tu nonton filem Indonesia di Netflix. Cerita sedap, tapi mata pulak nak terkatup. Baru nak lelapkan mata, Iman mesej, beritahu hari ni boleh balik awal.


Ingatkan nak singgah makan Nasi Ayam Ketchup (tak pasti ejaannya) di pusat bandar, tapi dah petang, kedai pun dah tutup. Sampai Batu 5, rasa macam nak singgah Warung Mak Ram, tutup jugak. Sk suruh Iman mesej Pak Inche, boleh tak malam ni makan di Senoko aje? Pak Inche kata, okay. Sampai Skudai, kami ke Warung Keropok Losong Skudai yang bersebelahan dengan Balai Polis Skudai, Alhamdulillah, buka. Dapatlah mengeteh. 


Terkesima apabila cawan teh tarik dihidang ke meja. Dah macam makan di kedai orang arab laaa. Kalau selalunya Sk pilih warung yang bersebelahan masjid, kali ini Sk pilih warung yang bersebelahan jalan besar. Tiada pelanggan lain selain kami berdua. Kami bertanya, jika ada menu lain selain keropok lekor, tak ada, jawab kakak kedai tu, ramah. Cuma ada karipap jer. Tapi, kalau nak masakan panas, goreng-goreng, boleh pesan di warung sebelah, tak ada masalah walaupun kedua-dua warung ini dipisahkan oleh dinding. Oh, teh tarik dia sedap terukkkk!


Kalau dah ke sini, memang niatnya nak makan keropok lekor la. Kami minta keropok RM3 dan karipap RM2. Di sini, keropok cuma akan digentel dan digoreng atas permintaan pelanggan. Begitu juga karipap, bila ada pesanan, barulah digoreng. Dihidang ke meja masih panas-panas. Memang syok la makan semuanya masih panas sambil hirup teh tarik, nikmatttt!


Memandangkan dah tak jadi nak masak Nasi Lemak Sambal Udang, Sk mengajak pulak Iman ke Doubledrops Coffee di Kangkar Pulai. Haaa.. lepas ngeteh, kifa ngopi pulak. Lagipun hari masih terang benderang. Duluuuu.. masa pkp dan belum dibenarkan dine-in, mereka berniaga Nasi Goreng Kampung Beras Basmathi di pinggir jalan. Sekarang, mereka dah buka warung di persimpangan Tanah Perkuburan Kangkar Pulai. Simpang jer, tak nampak kubur pun, tapi ada kandang kambing depan warung. Lepas makan, boleh tengok kambing yang kacak-kacak belaka πŸ˜†.


Selain kopi dan nasi goreng, Popishang antara menu terlaris di sini. Set ini RM10 mengandungi lapan keping popiah inti pisang, boleh pilih dua perisa. Sos coklatnya melelehhhh tapi rasa kulit popiah mendominasi, kurang rasa pisang. Secara peribadi, Sk lebih suka Popisang Asyraf depan Kedai Runcit Haji ASK tu.. terasa pisangnya.


Pilihan Sk, Hot Caramel Latte dan Ice Caramel Vanilla Latte untuk Iman. Lepas ambil gambar, tiber rasa nak makan kat rumah pulak, faham sajalah kalau dah depan kandang kambing tu, kan. Dah bergerak kereta, baru teringat, tak ada kopi untuk Pak Inche. Jadi, Sk minum dua teguk, selebihnya simpankan Pak Inche. Maklumlaaa.. isteri mithaliiii 😜

Post a Comment

3 Comments

  1. Teh tarik gerai biasa biasa memang padu dan sedap teruk. Popishang dia kemas betul presentationnya. Just nice topping dia tak banyak dan tak sikit.

    ReplyDelete
  2. Terliurnyaaa tengok popishang tuu! Kita dah lama tak makannnn, kalau duduk terengganu selalu makan sebab murah. Dekat putrajaya ni RM15+ untuk 7 keping pisang je. Mahal gila. Tengok set Kak Sk makan tuuuu murah lah sebab RM10 untuk lapan keping kann.

    ReplyDelete
  3. Uiii...semua sedap...Aroma kopi + popis...memang syok

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih