Assalamualaikum wbt
AKTIVITI meronggeng bersama Iman, kali ni tunaikan permintaan dia nak menonton sekuel filem Pengabdi Setan. Siapa lagi nak temankan, boifren belum ado, hahaha. Filem Pengabdi Setan yang sebelum ini ditayangkan dalam tahun 2017 namun Sk tonton secara online masa kena pkp tu la. Bagi Sk, PS tu, boleh tahan jugaklah jadi bila ada sekuelnya, nak jugak menonton tambahan bila baca review dari Dr Yazeed Khir Johari.
Iman ajak menonton di GSC Premiere Class Halls, Paradigm Mall. Kelas ya layanan bila kita beli tiket PCH ni, ada ruang menunggu khas sebelum filem ditayangkan.
Premiere Class ni berhubung dengan lounge dan ada tandas khas yang tidak berkongsi dengan penonton dari hall lain. Selain tu, ia juga menempatkan hall 4D. Masa tonton Jumanji 2 4D dulu pun pernah jugak menunggu di sini. Eh, rindu pulak nak masuk hall 4D.
Berbeza dengan hall biasa, keseluruhan hall dilengkapi dengan recliner sofa double seater.
Saiz sofa ni sama jer dengan saiz kerusi di hall lain tapi ada meja yang disambung dengan arm rest untuk diletakkan makanan. Kali ni, Sk tak beli makan cuma air mineral sebotol sebab dah sarapan awal di rumah.
Pilih tayangan awal sebelum jam 12 tengahari. Memang biasanya Sk memilih tayangan sebelah pagi untuk dapat harga tiket yang lebih murah. Untuk couple seat ni, hanya RM38. Cukup selesa feeling orang kayangan la kononnya.
Tak berapa lama menunggu, tayangan pun bermula. Kisah bermula dengan babak wartawan Budiman Syailendra yang dulu membongkar rahsia ibu Rini dibawa dengan kenderaan oleh orang yang tak dikenali. Perjalanan melalui kawasan perkuburan lama yang pastinya menyeramkan dan kemudian dia diminta masuk ke sebuah bangunan. Di dalam bangunan dia melihat banyak mayat (pocong) yang bersusun dan diminta agar menyiarkan berita tersebut dalam akhbar yang baru diterbitkan namun dalam masa yang sama dikehendaki merahsiakan kejadian tersebut.
Rini pula ditawarkan kenaikan pangkat dalam pekerjaannya namun terpaksa berhijrah meninggalkan adik-adiknya, Toni dan Bondi. Mereka kini tinggal di sebuah rumah pangsa satu bilik yang uzur di pinggir kota. Dia mencadangkan agar keluarga mereka berpindah namun ayah Rini menyatakan tempat tinggal itu adalah pilihan yang terbaik.
Pergerakan cerita agak perlahan dan Sk sangkakan itu hanyalah permulaan. Plot juga mendatar dengan latar belakang suram dan kelam selayaknya kisah seram. Namun selepas sejam, penonton cuma dihidangkan dengan babak dan perbualan yang meleret-leret sehinggalah berlaku kejadian lif jatuh di rumah pangsa tersebut.
Sedikit saspens sebelum kejadian lif jatuh, suasana menyanyat hati bila melihat mayat mangsa diuruskan namun Sk dah tak tahu nak kata, seram atau kelakar apabila mayat-mayat ini ditempatkan berasingan di unit masing-masing dalam keadaan berkapan dengan bahagian wajah yang dibuka. Malam yang sama juga berlaku kejadian hujan lebat sebagaimana di dalam ramalan cuaca dan seorang ustaz meminta bantuan Toni untuk membantu menutup tingkap rumah-rumah mangsa agar tidak ditempias hujan.
Dalam pada itu, Rini membantu Wisnu yang juga kehilangan ibunya dalam kejadian tersebut. Rini juga mengambil kesempatan keadaan yang berlaku untuk mencuri beg kerja bapanya yang agak mencurigakan. Bondi dan rakan-rakannya pula telah terjumpa unit misteri yang akhirnya membongkar tentang kehilangan adik mereka, Ian.
Jalan cerita meleret, pergerakan perlahan, terlalu banyak bercakap, emosi wajah Rini membuatkan Sk rasa menonton Pengabdi Setan 2 merupakan satu pembaziran masa dan wang. Pelik pulak bila ramai memuji-muji filem ini, jujurkah review anda atau sekadar mengampu setelah mendapat tiket wayang percuma. Hurmmm.. entahlah..
Iman kasi 2.4/10. Mak Iman malas nak kasi marekahhhh.. hahaha.
Wah,meronggeng yer ..
ReplyDeleteSelamat menonton..
Popcorn mana...popcorn?
Hihihi
Best la pulak seat macam tu....
ReplyDeleteKerusi dia.. buat orang tido aje kalo penakut tgk cite antu ni. Haha
ReplyDeleteTak sabar nak menonton filem ni .
ReplyDeleteSelamat menonton di pawagam
ReplyDeleteMacam dalam kapal terbang
Hahaha.. Tak best ehhh.. tapi mmg nk tgk sebab dah tertengok yg pertama duluuu... Kena beli tiket terpaling murroh la gini.. Hari Rabu.. hahahhaa
ReplyDeleteSA x suka tgok citer hantu...diorang cakap kan..kena tengok yang first film dulu baru faham second film ni...haha...bagi SA 300 pun SA x nak de tengok citer hantu..SA penakut
ReplyDelete